Wanita terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz. Wanita yang cantik tidak semestinya bergantung kepada penampilan luarannya sahaja.
Malangnya ramai di antara kita yang suka sangat menghakimi wanita berdasarkan bentuk badan mereka. Kita sering sahaja mendengar komen prejudis terhadap wanita yang berbadan besar tetapi kita jarang mendengar komen negatif mengenai mereka yang berbadan kurus. Jangan salah sangka, kerana ramai orang yang berbadan kurus kecil hati kerana kerap dilemparkan tohmahan dari masyarakat. Tidak semestinya mereka kurus kerana diet. Ada wanita yang kurus sebab metabolismanya tinggi, ada juga yang kurus disebabkan faktor genetik dan juga sakit.
Jadi, ini antara 20 suara sumbang yang anda kena stop katakan pada si kurus kering.
1. “Anda kelihatan seperti wanita aneroksia!’
2. “Anda terlalu kurus seperti papan, anda membuat saya sakit apabila melihat anda.”
3. “Makanlah nasi, jangan nak diet sangat”
4. “Anda kelihatan seperti kayu pencungkil gigi, kurus gila!”
5. “Anda mungkin terlalu kurus untuk menyusu bayi.”
6. “Macam mana agaknya awak bila pregnant nanti? Mesti tak larat.”
7. “Adakah anda pernah makan apa-apa? Ke asyik tahan lapar je?”
8. “Mesti seronok kan jadi kurus macam ni sekali.”
9. “Adakah anda mempunyai masalah gangguan makan?”
10. “Bagaimana awak boleh jadi insecure sedangkan awak dah kurus?”
11. “Kalau awak nak, saya boleh syorkan tempat di mana awak boleh dapatkan khidmat bantuan bulimia.”
12. “Awak begitu kurus, saya benci awak”
13. “Anda kurus. Anda tidak perlu bimbang tentang apa yang anda makan.”
14. “Wanita yang sebenar mempunyai bentuk badan, bukan leper je.”
15. “Kenapa nak pergi gym? Awak dah kurus!”
16. “Berapa banyak kos untuk mendapatkan badan seperti ini agaknya?”
17. “Sudah tentu anda sejuk! Anda tidak mempunyai lemak di badan anda”
18. “Lelaki tak suka wanita yang langsung tak ada isi.”
19. “Mesti best kurus, tak susah nak cari baju.”
20. “Kenapa kurus sangat ni?”
Dalam erti kata lain, jangan membuat andaian mengenai kesihatan wanita atau tabiat makan berdasarkan penampilan luaran seseorang.
Okay Peace!