Nampaknya Prince Harry telah membuat pilihan yang tepat untuk mengahwini aktres Amerika, Meghan Markle, pada pertengahan Mei tahun depan. Biarpun Meghan bukanlah gadis yang cantik daripada segi rupa parasnya namun ramai percaya wanita itu mempunyai sifat yang tersendiri bahkan bisa menjad pasanganyang terbaik buat anak bongsu mendiang Puteri Diana dan Prince Charles itu.
BACA: [8 Gambar] Dahsyat! Bentuk Badan Bakal Isteri Prince Harry Ni Buat Korang Iri Hati
Sebagai seorang manusia biasa, Prince Harry tidak pernah bisa lari daripada gosip-gosip cinta sama seperti selebriti mahupun figura ternama lain. Untuk itu, jom Wanista bawa anda menjelajah dan mengenali mantan-mantan kekasihnya dan siapakah gerangan wanita yang pernah dikatakan bercinta dengannya sebelum ini.
NATALIE PINKHAM: 2003
Putera muda ini pernah digosipkan dengan seorang wartawan dan oembaca berita bernama Natalie Pinkham suatu ketika dahulu. Walaupun mereka tidak pernah tampil untuk mengesahkan hubungan mereka namun menurut laporan, mereka sehingga kini masih lagi bersahabat baik dan sentiasa menyokong satu sama kain. Kini, Natalie yang bertugas sebagai wartawan untuk saluran Sky Sports F1 sudahpun berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
CASSEY SUMNER: 2004
Pada tahun 2004, Cassey pernah berkongsi satu foto skandal yang menampakkan dirinya menghabiskan waktu bersama Princce Harry di sebuah kelab malam daerah ibu kota London. Hubungan mesra Prince Harry yang pada ketika itu baru berusia 19 manakala Cassey 21 walau bagaimanapun terhenti di situ.. dapat bertahan satu malam sahaja. Oppss!
CHELSY DAVY: 2005 – 2010
Ini merupakan perhubungan paling lama yang pernah diuntai Prince Harry dengan wanita. Bernama Chelsy Davy, Prince harry pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Chelsy sepanjang 2004/2005 hingga 2011.
Chelsy juga pernah hadir untuk berdampingan dengan Prince Harry sewaktu perkahwinan Prince William dan kate Middleton namun menurut sumber, mereka sebenarnya telah sah berpisah pada tahun 2009 sebelum kedua-duanya memutuskan bahawa mereka akan terus berkawan sahaja.
CAROLINE FLACK: 2009
Harry juga pernah dikaitkan dengan pengacara rancangan realiti X Factor, Caroline Flack, pada Jun 2009. Katanya, mereka berkenalan menerusi seorang sahabat. Sebaik berita mereka bercinta tersebar, akhirnya kedua-dua memutuskan untuk menamatkan perhubungan romantis itu. “Kami harus berhenti dariapda terus berjumpa”, jelas Caroline.
CAMILLA ROMESTRAND: 2010
Sebaik selepas perpisahan Prince Harry dengan Chelsy, ada seorang wanita yang tampil menceriakan hari-harinya iaitu Camila Romestrand. Menurut CBS, Camilla mengaku bahawa dia pernah bermalam di kediaman diraja dekat Clarencce House bahkan dihidangkan sarapan istimewa oleh Prince Harry sendiri. Walau bagaimanapun, kepastian hubungan romantis antara dua insan ini tidak mendapat sebarang pengesahan daripada pihak Prince Harry.
FLORENCE BRUDENELL-BRUCE: 2011
Menurut laporan akhbar the SUN, Harry pernah berpacaran dengan aktres/model bernama Florence Brudenell sekitar 2011. Mereka berdua dikhabarkan banyak menghabiskan masa bersama di sebuah rumah dekat Nottting Hill, London yang merupakan kediaman rahsia bagi mereka.
Sepanjang tempoh bercinta mereka tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mengesahkan hubungan mereka dan apabila ditanya pada pihak istana sekalipun, jurucakap hanya mampu berkata yang merekaa tidak mahu memberi komen tentang kehidupan peribadi putera itu.
MOLLIE KING: 2012
Penyanyi Britain ini adalah merupakan ahli kepada kumpulan wanita yang dikenali sebagai “The Saturdays”.
Mollie mengaku yang dia pernah menjalin hubungan dengan Prince Harry pada 2012 malah kedua-duanya pernah dilihat banyak menghabiskan masa bersama namun Prince Harry berputus asa lalu menamatkan hubungan itu selepas Mollie bertindak terlalu jujur kerana banyak membuka cerita percintaannya dengan Prince Harry kepada media dan umum.
CRESSIDA BONAS: 2012 – 2014
Aktres Cressida bonas pernah bercinta dengan Prince Harry selama dua tahun dari 2012 hingg a2014 selepas diperkenalkan oleh sahabat baik mereka iaitu Princess Eugenie.
Hubungan mereka walau bagaimanapun tamat setelah Cressida sendiri tidak tahan akan ejekan serta persepsi buruk yang dilemparkan netizen terhadap dirinya berkenaan hubungan sulitnya dengan insan berketurunan diraja Britain itu. Cressida juga merasakan hidupnya tidak lagi aman selepas asyik dikejar paparazi.
ELLIE GOULDING: 2016
Gosip yang mengatakan Prince Harry bercinta dengan penyanyi jelita Ellie Goulding pernah menggegarkan dunia hiburan tahun lalu. Meskipun keduanya tidak mengaku bercinta, media melaporkan yang mereka banyak menghabiskan masa bersama bahkan berkongsi selimut yang sama pasa suatu ketika. Malah, ada gambar yang melihatkan mereka saling berkucupan juga tersebar!
Ellie Goulding pernah membuat persembahan di majlis resepsi Prince William dan Kate Middleton sekitar 2011 lalu dan pada acara pertandingan sukan atlet kurang upaya, Invictus Games, anjuran yayasan milik Prince Harry sekitar 2014. Mungkin dari situlah mereka mula melahirkan bibit-bibit cinta.
MEGHAN MARKLE: 2016 – Kini
Bercinta secara senyap, Prince Harry dan aktres Meghan Markle mula menjadi mesra sekitar pertengahan tahun lalu apabila kedua-duanya banyak menghabiskan amsa bersama dan ada juga khabar mengatakan Prince Harry sering berulang-alik dari London ke Amerika semata-mata mahu bertemu Meghan. Meghan Markle boleh dianggao sangat merendah diri dan itu mungkin antara faktor mengapa Prince Harry lekas tertarik dengannya.
Untuk pengetahuan semua, Meghan pernah menjadi temu janji Prince Harry sewaktu menghadiri perkahwinan Pipa Middleton. Akhirnya, Orince Harry membawa wanita idamannya untuk berjumpa dengan nenda si Queen Elizabeth sebelum mengumumkan pertunangan mereka. Pasangan ini akan berkahwin pada 19 Mei 2018.