Kebanyakkan daripada anda mungkin ada yang perasan bahawa kebanyakan selebriti, di Hollywood terutamanya gemar menggayakan sepatu tumit tinggi yang longgar kerana tidak menepati saiz kaki mereka yang sebenar apabila menghadiri acar glamor termasuklah majlis karpet merah. Namun kenapa begitu? Apakah ianya trend fesyen semasa atau kebetulan?
Elak Kesakitan Kronik Pada Kaki
Apa yang anda tidak tahu menurut sumber, bintang-bintang ini memakaai kasut yang longgar adalah untuk memastikan bahawa kaki mereka terpelihara daripada melecet. Maklum sahajalah, kadang-kala acara itu boleh berterusan sehingga berjam-jam lamanya.
Lagipun pula, apabila memakai saiz kasut yang lebih besar daripada saiz kaki sebenar, sudah tentu kasut tidak akan melekap ketat pada kaki yang seterusnya akan menyebabkan kesakitan atau kecederaan kronik pada kaki.
Bagaimana Cara Mereka Mengelak ‘Kasut Besar’ Tertanggal Daripada Kaki?
Okay, cara terbaik untuk mengelak kasut bersaiz besar itu terlucut daripada kaki adalah dengan memanfaatkan pad silikon yang dilekatkan pada bahagian dalam kasut. Trik mudah itu sememangnya mampu memmbuatkan kasut terletak pada kaki dengan kemas bahkan membuatkan kaki berasa selesa seolah-olah memijak gumpalan gel lembut.
Guna Pelekat “Double-Sided Tape”
Antara rahsia lain yang digunakan selebriti untuk menggayakan kasut tumit tinggi lebih lama adalah dengan menggunakan pita pelekat double-sided tape, dilekat pada bahagian dalam kasut seteruskan ke kaki.
Pada awalnya memang agak selekeh untuk melihat mereka menggayakan kasut bersaiz besar tetapi lama-kelamaan hal itu sudah menjadi norma dalam kalangan selebriti setiap kai menghadiri acara-acara besar.
Hmm, mungkin sebab ini jugalah Rihanna sering memakai kasut tumit tingginya dengan stokin.
BACA: RIRI Style Alert! 5 Trend Fesyen Yang Rihanna Mulakan Sebelum Jadi Ikutan