Demi cinta dan kekasihnya katanya…
Teman lelaki penyanyi sensasi Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai JLo telah membeli sebuat jet peribadi khas dengan 14 buah tempat duduk dan boleh bebas untuk terbang kemana sahaja (antarabangsa).
Alex Rodriguez iaitu bekas pemain baseball profesional Amerika ini berbelanja $40 juta semata-mata untuk sebuah jet peribadi. Khabar angin juga mengatakan, beliau bakal melamar JLo ketika sambutan Krismas nanti.
Ternyata JLo kelihatan sangat bahagia dengan hubungan cinta barunya bersama Alex. JLo pernah bertunang bersama pelakon Ben Affleck sehingga diberi gelaran Bennifer tahun 2002-2004, kemudian berpisah dan berkahwin dengan Marc Anthony dari tahun 2004-2014. Jennifer juga pernah berkahwin dengan pelakon asal Cuba, Ojani Noa tahun 1997 dan 2001-2003 penari Cris Judd.
JLo benar-benar mengharap hubungan beliau bersama Alex menjadi magis dan impian yang ditunggu selama ini. Baginya juga sejak bersama Alex dia menjadi seorang yang lebih baik sebagai seorang ibu, anak, rakan dan pasangan.
Dah lah baik, kaya pula tu teman lelaki JLo kali ini, apa pendapat anda?