Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Palet PIPI 3 Dalam 1 Oleh Syed Faizal Beauty Himpunkan Rona Universal Untuk Semua!

by Afiqah Syamin
December 19, 2017
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Buat julung kalinya, palet asas solekan PIPI by #SyedKillerEyes kini di FashionValet!

Jurusolek profesional Syed Faizal Syed Noh yang merupakan seorang makeup artist (MUA) terkemuka yang cukup dikenali dalam kalangan industri hiburan tanah air ini akhirnya melancarkan satu lagi edisi baharu menerusi pengenalan PIPI dan ALAT khas untuk rangkaian alat solek yang dibangunkan sendiri olehnya yang dipanggil Syed Faizal Beauty.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Faizal Syed Noh (@syedfaizalsyednoh)

Jenama ini mula diuar-uarkan kepada umum sekitar Jun 2016 tahun lalu yang kemudian mendapat tempat di hati para peminat mekap melalui koleksi gincu BIBIR serta palet pembayang mata MATA.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Faizal Syed Noh (@syedfaizalsyednoh)

Oleh kerana minat mendalamnya tentang kosmetik dan teknik solekan, Syed Faizal komited mahu mencipta satu jenama kecantikan yang mampu memberi pilihan yang lebih mesra kepada pengguna masa kini. Bagi Syed, produk yang dihasilkannya adalah untuk memberi peluang kepada wanita dan anak-anak gadis di luar sana untuk mengekspresikan diri serta kecantikan mereka dengan cara tersendiri melalui solekan.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Faizal Syed Noh (@syedfaizalsyednoh)

Bukan itu sahaja, Syed juga percaya solekan tidak mempunyai syarat tertentu asalkan si pemakai tahu bagaimana memanfaatkan teknik solekan terbaik sambil menggunakan alat dan produk kosmetik yang bertepatan.

View this post on Instagram

A post shared by #SYEDSKILLEREYES (@syedfaizalbeauty)

Sebelum ini, ramai selebriti dan personaliti tanah air yang telah mendapat sentuhan halus dariapda Syed Faizal termasuklah Neelofa, Scha Alyahya, Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Izara Aishah dan ramai lagi. Beliau memiliki 10 tahun pengalaman dalam bidang solekan malah pernah berkhidmat untuk menyolek wajah-wajah bintang kulit majalah terkenal seperti GLAM, EH! dan Intrend Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Faizal Syed Noh (@syedfaizalsyednoh)

Untuk pengetahuan semua, PIPI by #SyedKillerEyes adalah palet universal lengkap 3 dalam 1 yang merangkumi bronzer, pemerah pipi dan highlighter yang sesuai dengan semua tona kulit.

Ia dirumus khas untuk memberi sensasi rona asli agar wajah kelihatan segar dan menawan tanpa perlu menggenakan solekan berlebihan.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Faizal Syed Noh (@syedfaizalsyednoh)

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.fashionvalet.com/syedfaizalbeauty] atau klik [di sini] untuk membeli palet #PIPIbySyedKillerEyes pada harga RM85 sekarang.

Tags: #PIPIbysyedkillereyes#PIPIbysyedkillereyes - The Essential Cheek PalettefashionvaletMakeup Artist Malaysiamua malaysiaPalet PIPI oleh Syed Faizal BeautySyed Faizal BeautySyed Faizal Syed Noh
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Showbiz.net
Kecantikan

Kena Jaga Bentuk ‘Apple Cheek’ Baru Nampak Muda!

by Iza B
May 21, 2022
0

Mereka yang mempunyai tulang pipi yang tinggi ‘high cheekbones’ sering dianggap selaras dengan standard kecantikan dunia. Senang kata mereka diraih...

Baca Lagi
Foto - Editorialist
Kecantikan

Pakai Lipstick Nude Macam Ini Agar Tak Nampak Pucat

by IamLisa
May 20, 2022
0

Siapa dekat sini sukakan gincu nude berbanding rona yang lain? Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang...

Baca Lagi
Foto - meeth
Kecantikan

Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu

by IamLisa
May 20, 2022
0

Kamu sedang bekerja di rumah atau pejabat? Memandangkan kita beransur-ansur mula kembali ke tempat kerja, tetapi masih ada kaum ibu...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Kecantikan

Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

"Saya panggil teknik ini sebagai 'Ice Bath'"- supermodel Bella Hadid. Jika anda tertanya-tanya sama ada teknik ini berbaloi atau patut...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.