Kisah cinta dua selebriti Korea Selatan ini sudah diketahui umum sejak 2015 lagi. Taeyang penyanyi dari anggota kumpulan BIGBANG telah mengumumkan sendiri, beliau bakal berkahwin dengan Min Hyo Rin, aktres dan juga model pada tahun hadapan.
Menurut dari sumber, pasangan tersebut merancang untuk berkahwin pada Februari 2018 dan kini sedang rancak membuat persiapan bersama. Mereka ingin berkahwin sebelum Taeyang menjalani latihan ketenteraan.
Taeyang juga berkongsi berita gembira dengan memuatnaik gambar beliau dan Hyo Rin di akaun Instagram bersama kapsyen memohon restu dan berterima kasih kepada peminat.
“Saya telah membuat keputusan untuk menghabiskan hidup saya bersama Min Hyo Rin, seorang wanita yang sentiasa berada di sisi tidak kira susah atau senang sejak empat tahun lalu. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menganggap saya seperti keluarga. Kepada semua anggota BIGBANG, YG Family dan mereka yang saya pernah bertemu serta bekerja bersama, saya ingin ucapkan terima kasih. Saya harap anda semua akan terus memberikan sokongan dan restu kepada kami berdua,”
https://www.instagram.com/p/Bc1oT3KgrDj/?hl=en&taken-by=__youngbae__
Taeyang dan Min Hyo Rin dikatakan mula bercinta selepas bertemu pada 2013 ketika menjalani rakaman muzik video lagu hits Eyes, Nose, Lips.
BACA: Ini Cara Taeyang Tonjol Rasa Cinta Pada Teman Wanitanya.. Mesti Baca!