Panty liner boleh dikira sebagai ‘penyelamat’ untuk kaum wanita, baik ketika sedang datang bulan mahupun ketika saban hari bergelut dengan ketidak selesaaan apabila seluar dalam dilimpahi cecair keputihan.
Namun begitu, tahukah anda sebenarnya pemakaian panty liner setiap hari bisa menggalakkan keterjejasan faraj? Apa yang ramai tidak tahu, ia sebenarnya akan membiak jangkitan kuman pada bahagian sulit wanita yang sensitif itu. Jom Wanista huraikan keburukannya.
#1 Menyukarkan Faraj ‘Bernafas’
Sebab itu, pakar menasihatkan supaya wanita memakai seluar dalam yang diperbuat daripada material kapas demi menggalak pengaliran udara di kawasan sulit tersebut.
Akan tetapi, apabila seseorang menampal bahagian seluar dalam seharian dengan panty liner, bahagian plastik yang melapik itu sekaligus akan menghalang kemasukan udara. Hal itu pasti akan membuat kulit menjadi berpeluh dan berasa gatal seterusnya apabila lembapan tidak kering, jangkitan kulat akan berlaku. Untuk pengetahuan semua, kulat dan bakteria aktif di kawasan yang lembap.
#2 Pengaruh Bahan Kimia
Banyak jenama panty liner mempromosikan produk mereka dengan menjelaskan bahawa daya serapan panty liner mereka adalah lebih baik namun hakikatnya, kapas pada bahagian panty liner itu sebenarnya mengandungi bahan kimia sama seperti lampin wanita biasa. Jadi, apabila kimia bertindak balas dengan permukaan kulit, sesuatu yang buruk bakal berlaku kerana kulit di bahagian sulit wanita adalah nipis dan sangat sensitif. Lebih parah apabila bahan kimia itu menyerap jauh hingga ke bahagian peranakan.
Sekarang dah jelas kenapa kita tidak digalakan memakai panty liner setiap hari?
Biarpun begitu, menurut pakar sebenarnya anda tetap boleh memakai panty liner setiap hari jika mahu kerana kebanyakan orang sememangnya tidak selesa andai cecair keputihan membasahi seluar dalam kemudian mengeras seperti kerak yang sangat menjijikan. Namun dengan syarat, panty liner tersebut haruslah ditukar dari masa ke masa agar kawasan intim terpelihara dariapa sebarang jangkitan mahupun iritasi.
Selamat beramal! ❤️