Sejak kebelakangan ini semakin berleluasa nampaknya orang-orang kita menjadikan perkara tidak normal itu sebagai norma yang tiada salahnya untuk diamalkan.
Aktiviti lelaki menggayakan pakaian dan berhias seperti wanita semata-mata untuk beraksi dihadapan kamera merakamkan parodi yang kononnya demi menghiburkan orang sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat kita, malah semakin menjadi-jadi.
Bukan setakat berpakaian wanita, ada juga individu lelaki yang sanggup bersolek dan memakai rambut palsu agar wataknya sebagai ‘wanita jadian’ menjadi dan nampak real di mata penonton.
Situasi itu membuatkan seorang personaliti dan penceramah agama, Wan Dazrin Wan Din, merasakan sudah tiba masanya masyarakat mengambil berat perkara ini.
Melalui kemas kini status di akaun Twitter, Wan Dazrin berkata, walau atas tujuan untuk bergurau, lelaki berpakaian atau meniru perilaku wanita adalah dilarang dalam agama Islam.
Maaf. Sy perasan semenjak 2 menjak ni bnyk video parodi lelaki jdi prmpuan
Kalian, Nabi laknat. Bkn dlm umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai mcm perempuan dgn sengaja.
Dlm kitab Fathul Bari: At Tobari kata laknat tu means ‘Haram’ & Syeikh Abu Muhammad bgthu ia ‘Dosa besar’ tau https://t.co/iR6rC5D6fp
— Da'i Wan (Official) (@wandazrin) December 16, 2017
“Kalian, Nabi laknat (perbuatan itu). Bukan dalam umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai macam perempuan dengan sengaja.
“Dalam kitab Fathul Bari: At Tobari, laknat didefinisi sebagai haram dan Syeikh Abu Muhammad beritahu ia dosa besar,” tulisnya.
Peringatan oleh Wan Azrin itu disokong oleh netizen yang menganggap sudah tiba masanya perbuatan itu ditegur.
Kata mereka, agak pelik apabila golongan transgender dikritik hebat oleh netizen namun perbuatan melakukan parodi dibiarkan sahaja atas tiket ‘melawak’.
Bagus Da’i Wan. Berani bersuara kerana benar. Kadang nyampah gak ngn orang zaman skrg. Nasihat sikit cakap cepat trigger . Kalau xleh tegur sampai bila islam(melayu) nak maju
Keep it up bos @wandazrin https://t.co/5Ed27bHtBU
— . (@alphasheeshh) December 16, 2017
Lawak pun ada batas. Terima kasih atas perkongsian ilmu Da'i Wan.
P/S : Bilangan wanita/perempuan dah lebih ramai dari lelaki.Tak perlu lah kaum lelaki menambah-nambah. https://t.co/8TcAQOBEor
— Irfan Haiqal🇲🇾🇵🇸 (@EfanHaiqal) December 16, 2017
Yang peliknya ada yang cakap untuk hiburan tidak mengapa. Adik, pi perbetulkan bacaan al-Fatihah tu dulu!
Terima kasih Da'i Wan! https://t.co/LD0rXDL85p
— NIPNIP™ (@haniffyusoff) December 17, 2017
https://twitter.com/fiqisz/status/942216700711206912?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fgaya-hidup%2Flelaki-berpakaian-wanita-itu-dilaknat-nabi-walaupun-untuk-parodi-163223