Seperti yang kita tahu, hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman tangan ini adalah berfungsi untuk menghalang individu daripada terkena sebarang jangkitan penyakit menerusi tangan yang kotor setelah seharian memegang pelbagai objek, lebih-lebih lagi apabila objek itu turut digunakan atau dikongsi dengan orang lain seperti tombol pintu, besi pemegang di tangga dan di dalam kenderaan awam atau pili tandas.

Mencuci dengan air dan sabun sahaja belum tentu dapat membunuh kuman yang membiak di telapak tangan anda. Sebab itu pakar dermatologi menhalang anda untukmeraba atau memegang muka dengan tangan atau jari-jemari tanpa berlapik kerana hal itu mungkin akan menggalak pertumbuhan jerawat.
Biarpun kita sering membawa hand sanitizer bersama di dalam tas tangan, ini adalah lapan kegunaan lain cecair pembasmi kuman yang tidak terhad untuk digunakan sebagai penuh kuman tangan.
#1 Kilatkan Permukaan Bercermin
Manfaatkannya sebagai semburan cecair pembersih biasa kerana ia mampu mengilatkan serta membersihkan skrin telefon atau kaca mata dengan mudah!
#2 Menghapus Kesan Pen Marker Berdakwat Kekal (permanent)
Mungkin kadang-kala kita tersilap dengan menyangka pen marker permanent itu merupakan pen marker biasa. Oleh itu, hand sanitizer mampu menghilangkan kesan dakwat kekal daripadapen marker permannet yang sukar untuk dibersihkan dengan pemadam papan putih biasa.
#3 Menghilangkan kesan pelekat
Apabila membeli barang di kedai, sudah tentu tanda harga serta labelnya dilekatkan pada permukaan barang yang kemudian apabila dikopek, bekas gam akan tertinggal di permukaan objek tersebut.
Bagi menghilangkan sisa gam itu, boleh sapukan cecair hand sanitizer pada bahagian yang berkenaan sebelum mengesat dan mengikisnya secara lembut dengan sebarang kain atau tisu.
#4 Legakan Kegatalan Bekas Gigitan Nyamuk
Anda terlalu mudah digigit nyamuk lalu sehingga timbulnya bintik-bintik merah yang gatal? Lagi digaru, semakin teruk bintik tersebut dan adakalanya menyebabkan luka… Nah sapu sahaja hand sanitizer pada bahagian kulit yang digigit itu tadi, pasti tidak akan rasa gatal dan anda tak perlu menggaru sehingga luka.
#5 Menyembuh Parut
Lain kali apabila anda terlihat ada parut baru yang tumbuh di kulit, boleh cuba sapukan cecair hand sanitizer di bahagian yang berkenaan. Ada yang mencuba dan ia berkesan! Menurut Griffin-Black, belai pernah mencuba taktik itu menggunakan hand sanitizer lavender dan ternyata ia amat membantu untuk mengurangkan pigmentasi parut.
#6 Guna Sebagai Agen Pencuci
Kalau nak tahu, hand sanitizer bukan sahaja boleh digunakan sebagai pembersih tangan bahkan, anda juga boleh menggunakannya sebagai pencuci untuk menghilangkan lekit di meja, membersihkan tompok air kopi yang tertumpah di meja serta segala kotoran yang ada pada kusyen kereta mahupun pakaian. Tetapi, sila gunakan hand sanitizer asli yang bebas aroma (free-fragrance).
***Untuk menghilangkan kotoran degil pada pakaian atau kusyen, sapukan cecair tersebut dan biar ia sebati untuk beberapa ketika sebelum memberusnya dengan sabun dan air.
#7 Sebagai Penyelamat ‘Tandas Awam’
Gelinya apabila mangkuk tandas awam yang kita gunakan sehari-hari itu dikongsi dengan punggung orang lain. Eww!
Oleh itu, sebelum duduk di mangkuk tandas (bagi tandas duduk), gunakan tisu dan sapu bahagian tempat duduk itu dengan hand sanitizer terlebih dahulu untuk membunuh kuman-kuman yang ada.
#8 Gel Rambut!
Menariknya, jika dalam keadaan terdesak bagi yang lelaki, anda sebenarnya boleh menggunakan hand sanitizer sebagai gel rambut.
Selamat beramal! ❤️