Dudalina, jenama fesyen terulung kelahiran Brazil ini akhirnya meluaskan pasaran mereka di Malaysia. Seiring dengan pelancaran butik pertama mereka di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Dudalina pernah membangunkan sebuah kedai konsep di Aeon Mall Shah Alam yang terletak dalam butik Binwani sendiri.
Buat julung kalinya menapak di bumi Asia Tenggara, Dudalina menawarkan seleksi helaian fesyen, kasut dan aksesori versatile khas buat wanita dan lelaki yang gemar bergaya selesa.
Apa yang menarik, pakaian-pakaian yang ditawarkan semua sesuai untuk wanita dan lelaki yang sering mempunyai masalah saiz kerana di Dudalina, variasi saiz yang disediakan adalah pelbagai dariapda yang paling kecil hinggalah ke saiz yang paling besar. Jadi tak perlu risau kalau-kalau anda bersaiz besar.
https://www.instagram.com/p/BcZfHlDnOmQ/?hl=en&taken-by=wanistadotcom
Palet warna yang dimanfaatkan untuk koleksi-koleksi Dudalina juga adalah menonjol, mampu mencerminkan kecerian serta kepelbagaian yang memberi lebih banyak pilihan buat para pengguna manakala materialnya pula adalah berasaskan material yang berkualiti serta mudah menyerap peluh -sesuai buat individu yang dikelilingi iklam tidak menentu seperti di Malaysia.
Istimewa untuk wanita dan lelaki yang tercari-cari pakaian kasuall dan formal yang bertaraf lima bintang, setiap satu helaian dan aksesori yang ditawarkan di butik Dudalina adalah berharga dari RM199 hingga RM899.