Ya! Hanya guna tiga bahan dan tanpa mesin pembuat aiskrim, anda dah boleh buat aiskrim yang sedap, lazat berkrim ikut pilihan anda.
Untuk aiskrim yang menyihatkan bolehlah mencuba aiskrim perisa teh hijau yang merupakan minuman yang sihat dan menyegarkan.
Bahan-bahan:
- 1 cawan heavy cream, ambil yang sejuk (240ml)
- ¼ cawan (4 sudu besar) susu pekat manis, sejuk (76g)
- 4½ sudu teh serbuk teh hijau (12g)
Cara penyediaan:
- Pertama, campurkan 4 ½ sudu teh serbuk teh hijau dalam 3 sudu besar air panas dan biarkan sejuk.
- Heavy cream dikacau sehingga keras/sebati.
- Sekarang campurkan teh hijau dengan ½ cawan susu pekat sejuk manis.
- Kacau heavy cream, campuran teh hijau dan susu pekat sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam bekas. Kemudian bekukan sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman.
Tonton video untuk lebih jelas..
OMG Sedapnya.. Jom buat sekarang!