Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Bye Bye Braces! Veneers Teknik Terbaru Nak Dapat Gigi Rapi Tersusun

by Izzah Azizah
December 8, 2017
28
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Susunan gigi yang rapi siapalah yang tidak mahu. Senyuman yang memikat bukan sahaja pada ukirannya tapi pada aset dalamnya yang putih berseri, rapi dan nampak terjaga. 

Dahulunya untuk mendapatkan gigi yang cantik bermula dengan penjagaan awal sejak kanak-kanak dan untuk mereka yang lebih berduit boleh memasang pendakap gigi. Namun kegunaan pendakap gigi memakan masa yang lama, dari proses perundingan, pemasangan sehinggalah menanggalkannya ada yang mengambil masa bertahun-tahun. Kelemahan memakai pendakap gigi juga membuat si pemakai kurang selesa dan menderita ulser. 

Cara apa lagi nak buat gigi tampak cantik, tersusun rapi dan putih? 
Jawapan: Veeners. 
Foto – Google
Apa itu Veeners?

Ianya satu lapisan dari porselin atau seramik yang dipasang permukaan atas gigi. Lapisan tersebut akan membuat gigi tampak lebih cantik, putih, teratur sekaligus menutup bentuk gigi yang bermasalah. Gigi pecah, jarang, serpih, kuning atau tidak sama bentuk boleh jadi cantik dengan veeners. 

Foto – Oro-Facial Center
Proses Veeners? 

Sama seperti untuk memasang pendakap gigi anda kena berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat perundingan dan ujian. Setelah itu, gigi anda dibersihkan dan dibuat acuan untuk melihat rangka gigi lebih dekat. Setiap gigi anda akan diukur mengikut kesesuaian dan dihasilkan oleh makmal. Setelah veeners gigi anda siap, ia akan dipasang pada gigi dan dibersihkan. 

Video ringkas tentang pemasangan Veeners

Gigi veener dapat bertahan sehingga 5 hingga 10 tahun tanpa rawatan khusus. Anda boleh memberus gigi seperti biasa sama seperti gigi biasa atau flos gigi. Cuma kekurangan memakai veeners, gigi anda mungkin akan menjadi sensitif terhadap makanan sejuk atau panas kerana enamel gigi anda telah dikikis. 

Foto – faceliftdentistry.com

Jika anda hanya memakai veener untuk gigi yang rosak sahaja, warna gigi akan tampak kontra kerana warna veener sememang putih yang ketara. Jadi kebanyakan si pemakai veneer akan melakukan ia pada semua gigi. Tidak semua gigi boleh memakai veener, gigi yang buruk atau enamel yang telah rosak biasanya tidak dapat ditampal oleh veener. 

Wanista kongsikan veeners sebagai alternatif lain untuk anda dapatkan gigi cantik, tersusun dan putih selain memakai braces. Lebih lanjut mengenai veeners Wanista syorkan anda untuk bertemu dan dapatkan nasihat dari doktor gigi atau pakar di klinik. 

RUJUKAN 1 & 2

Tags: apa itu veenerharga veener malaysiakebaikan pakai veenerskeburukan veenersproses veenerrawatan gigi veenerstampal gigi palsuveeners malaysia
Share11SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - meeth
Kecantikan

Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu

by IamLisa
May 20, 2022
0

Kamu sedang bekerja di rumah atau pejabat? Memandangkan kita beransur-ansur mula kembali ke tempat kerja, tetapi masih ada kaum ibu...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Kecantikan

Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

"Saya panggil teknik ini sebagai 'Ice Bath'"- supermodel Bella Hadid. Jika anda tertanya-tanya sama ada teknik ini berbaloi atau patut...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kecantikan

5 Skincare Berasaskan Teh Hijau, Bahan Superhero Untuk Jerawat Hingga Anti-Penuaan

by IamLisa
May 19, 2022
0

Teh hijau bukan sahaja selamat untuk minum setiap hari, tetapi juga selamat untuk menggunakannya dalam rutin penjagaan kulit harian. Dikenali...

Baca Lagi
Foto - Olaplex
Kecantikan

Tiada Lagi Rambut Bermasalah Dengan OLAPLEX No. 9 Bond Protector Nourishing Hair Serum

by IamLisa
May 19, 2022
0

Pendedahan yang berpanjangan kepada bahan pencemar, mengakibatkan rambut kusam dan tidak bermaya. Lindungi dan suburkan mahkota kamu dengan OLAPLEX No. 9...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.