Setiap wanita impikan kulit wajah putih bersih bak bintang Korea. Pantang kita lihat mereka beraksi sama ada yang pelakon mahupun penyanyi, bila melihat kulit wajah mereka, mulut kita ini ringan asyik memuji bahkan ingin tahu produk apa yang digunanya. Pasti bukan satu step tetapi lebih daripada lima semata-mata ingin mencapai ‘standard beauty’ itu.
Baca: Ini Cara Agresif Nak Dapatkan ‘Kulit Kaca’ Bak Gadis Korea
Aliaa Sharif mencipta jenama Tres Lala kerana dia mahu membawa trend dan teknologi penjagaan kulit yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, Aliaa sendiri pergi ke Korea dan mencipta produk penjagaan kulit yang benar-benar sesuai untuk semua jenis kulit.
Jadi terhasillah Tres Lala!
https://www.instagram.com/p/BcWxnE0jUDa/
Produk penjagaan kulit yang menggunakan bahan dan ubatan tempatan tetapi dibuat 100% di Korea dengan teknologi terbaru mereka. Terdiri daripada cleansing oil, foam cleanser, hydrating mist, boost serum, day cream dan sleeping pack – setiap produk mempunyai sinergi asli yang unik yang menangani masalah kulit atau kebimbangan tertentu.
Bahan Utama
Sifat regeneratif dan penyembuhan yang ada pada Propolis dan Royal Jelly adalah tambahan luar biasa kepada mana-mana rutin penjagaan kulit. Ia mempunyai keupayaan untuk membantu pertumbuhan semula tisu kulit yang rosak, melembut serta menyegarkan, menjadikan ia bahan yang benar-benar ajaib.
Di Mana?
Ingin mencuba? Produk ini sudah dijual secara atas talian seperti berikut:
- Laman web rasmi www.treslala.com
- Lazada
- Mysmink
- Hishop
Jadi, korang pun boleh miliki ‘glass skin’ idaman dengan hanya menggunakan produk Malaysia ini dan paling best harganya sangatlah berpatutan.