Tak semua orang sesuai dengan potongan rambut pixie tetapi tidak pada si tinggi lampai Blake Lively.
Mengejutkan para peminatnya selepas berkongsi foto tampil dengan imej baru berambut pendek potongan pixie rona hitam, sisi lain Blake yang terkenal dengan gaya blonde.
https://www.instagram.com/p/BcN34QuAobl/?taken-by=blakelively
Transformasi Blake sebenarnya kerana komitmen untuk sebuah filem baru berjudul “The Rhythm Section”. Filem berdasarkan siri bukan terlaris oleh Mark Burnell mengisahkan seorang wanita muda (Blake Lively) yang menyamar sebagai pembunuh untuk menuntut bela pembunuhan anggota keluarganya. Jadi, untuk watak tersebut, Lively muncul dengan potongan pixie untuk kelihatan lebih matang dan berusia.
Yang pasti untuk gaya rambut ini Blake nampak berbeza lagi, tetapi bersesuaian kerana wataknya memerlukan dia menyamar jadi dia perlu menukar penampilan dengan kerap.
Blake kenakan apa gaya sekalipun tetap nampak cantik dan anggun di mata penulis.