Anda pasti biasa melihat aktres cantik dari Filipina ini beraksi dalam drama di kaca TV. Mukanya agak familiar, acapkali melakonkan watak air mata, wajah ayu, senyuman manis, rambut panjang hitam bersinar cukup membuatkan kita tertawan melihatnya.
Jika anda salah seorang pengikut selebriti Heart Evangelista di Instagram, pasti anda mengetahui wanita ini obses dengan tas tangan berjenama Hermes, bukan satu tetapi bermacam warna ada dalam koleksinya.
Lihat sahaja koleksinya di Instagram peribadi (@iamhearte)
Bukan itu sahaja, anda juga menyedari hakikat bahawa bekas kekasih Jericho Rosales yang kini bergelar isteri ahli politik adalah seorang artis yang sangat berbakat. Dia menggabungkan cintanya untuk seni dan fesyen dengan melukis, Heart memilih tas tangan sebagai tempat untuk ‘meluahkan’ segala buah fikirannya.
https://www.instagram.com/p/BM5aZPmBwOI/?taken-by=iamlovemarie_e
Heart menjelaskan beberapa kali dia meletakkan kemahiran kreatifnya untuk ujian, dan pada masa yang sama dia berjaya membuktikan bahawa dia anda seorang artis sejati.
“Saya perlu melukis pada Birkin saya terlebih sebelum dunia dapat mempercayai bakat yang saya ada,” terangnya merendah diri.
Bakat luar biasanya juga membuahkan hasil apabila dia mempunyai pelanggan dikalangan selebriti yang tertarik dengan lukisan pada tas tangan.
Kini, Heart berbangga dapat mengadakan pameran yang menampilkan lebih daripada 40 Hermès Birkins, Kellys, dan banyak lagi untuk dipertontonkan kepada orang awam.
Memang berbakat besar Heart ni, dah la cantik, hebat berlakon, boleh melukis lagi… Wow seriously!