Mungkin anda merasakan hotel termahal terletak di Las Vegas atau Dubai, tetapi untuk pengetahuan semua hotel paling mewah dan mahal di dunia sebenarnya terletak di Geneva, Switzerland.
Royal Penthouse Suite di Hotel President Wilson secara rasminya adalah yang paling mahal di dunia, dengan harga bermula kira-kira $80,000 satu malam (lebih RM300k).
Selain dilabel paling mahal, ia juga merupakan suite terbesar di Eropah, keluasannya adalah 5,500 kaki persegi.

Salah satu ciri Royal Penthouse Suite adalah teres di beranda yang menghadap Geneva’s Lac Leman, lengkap dengan teleskop untuk menikmati keindahan bintang-bintang pada waktu malam dengan jelas.

Terdapat dua bilik tidur utama, masing-masing dengan bilik mandi marmar dan jakuzi yang menghadap ke tasik. Setiap bilik mandi disertakan dengan produk dari Hermès.

Kerana suite sering ditempah oleh tetamu kehormat atau selebriti dengan rombongan yang ramai, ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan. Terdapat tingkap peluru berpandu, lif persendirian dan butang penggera kecemasan di sekeliling suite.

Suite ini boleh menampung sehingga 12 orang tetamu – masing-masing dengan bilik tidur mereka sendiri. Jadi jika anda bercita-cita mahu bermalam di sini, cuba buat kira-kira berapa seorang kena bayar.

Sangat berpatutan, bukan?