“Pembersih wanita buat faraj jadi kendur.”
Kenyataan yang keluar daripada mulut seorang teman penulis itu buatkan penulis tertanya-tanya akan kebenarnya. Katanya, seorang doktor yang merawat kakaknya ketika bersalin menyuruh kakaknya itu berhenti menggunakan pembersih wanita sebagai agen pencuci kawasan intim kerana menurut doktor, beliau menghadapi kesukaran untuk menjahit bahagian alat sulit yang terkoyak ketika berasalin milik kakaknya. Jelas doktor itu lagi, pembersih alat sulit telah menyebabkan daging dan bahagian kawasan intim tersebut menjadi terlalu lembut lalu kendur.
Pada mulanya penulis sudah hampir mahu percaya tetapi setelah mencari bukti dengan membaca artikel-artikel munasabah di internet, ternyata, fakta pembersih wanita akan mengendurkan faraj adalah tidak benar.
Biarpun begitu, pembersih wanita mungkin meninggalkan kesan buruk terhadap kawasan intim sang perempuan.
BACA: Hey Ladies! Ini 9 Fakta Mengenai Vagina Yang Mungkin Mengejutkan Anda
Tahukah anda bahawa alat sulit wanita sebenarnya mampu membersihkan dirinya sendiri?Cukup sekadar mencuci serta membersihkannya dengan air biasa di bilik mandi.
Apa Keburukan Pembersih Wanita?
#1 Meningkatkan Risiko Jangkitan Pada Faraj
Sebenarnya terdapat bakteri baik yang akan bekerja keras untuk membersihkan kawasan tersebut dengan sendirinya. Penggunaan sabun atau pembersih wanita hanya akan membunuh bakteria baik itu tadi lalu meningkkatkan jangkitan kulat dan bakteria jahat terhadap faraj.
#2 Menyebabkan Komplikasi Semasa Hamil
Menurut sumber daripada pihak Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika Syarikat, wanita yang menggunakan pembersih wanita mempunyai risiko kesukaran hamil serta menghidap komplikasi kehamilan ektopik (mengandung di luar rahim).
Kalau Masih Nak Guna Pembersih Wanita Macam Mana?
Nasihat pakar, carilah produk pembersih wanita yang tidak mempunyai sebarang bau (fragrance-free). Ini kerana, sebarang sabun atau pembersih wanita yang beraroma lazimnya mengandungi bahan yang dapat menjejaskan kadar kestabilan pH di sekitar kawasan intim tersebut. Ingat! Faraj sangat sensitif. Jika tersilap langkah, anda mungkin akan membuatkan alat sulit jadi tidak normal malah bisa dijangkiti kulat dan penyakit lain.
BACA: Menjadi! Taktik Baru Cuci Muka Guna “Feminine Wash” Hilangkan Jerawat
Selamat beramal!❤️