Aplikasi untuk memakai bedak asas kini sudah terdapat dalam pelbagai cara. Jika dahulu hanya gunakan berus mekap sahaja tapi kini inovasi dalam dunia kecantikan lebih efektif dengan memperkenalkan beauty blender. Span bujur dan tirus dibahagian atas sesuai untuk aplikasi bedak asas, concealer, bedak tabur dan contouring.
Hasil bedak asas dari beauty blender lebih licin dan tahan lama berbanding berus biasa. Span yang sangat lembut ini sesuai untuk hasil bedak asas litupan penuh atau ringan. Jika anda ingin litupan penuh, basahkan beauty blender atau pakai kering untuk litupan biasa.
Sama seperti alat solek yang lain, beauty blender perlu dibersihkan untuk kebersihan bukan sahaja melibatkan produk tapi kulit anda.
Tak perlu bahan cuci mahal atau membeli kelengkapan yang mencuci, cukup dengan:
- Air
- Sabun
- Kain
#1 Basahkan beauty blender dan perah untuk keluarkan kotoran.

#2 Ambil bahan pencuci, anda boleh gunakan sabun pencuci muka jenis bar atau sabun mandi dari formula lembut sesuai untuk kulit.

#3 Cuci beauty blender dengan bahan pencuci tadi. Pastikan pada seluruh bahagian beauty blender.

#4 Setelah itu, perah beauty blender seperti biasa untuk mengeluarkan segala kotoran melalui buih.

#5 Bersihkan beauty blender sepenuhnya dari buih dan kotoran yang melekat.

#6 Lap dan keringkan beauty blender.

Namun jangka hayat untuk beauty blender perlu ditukar setiap 3 bulan untuk kualiti dan kebersihan.