Sejak kebelakangan ini, banyak pula sisi gelap selebriti didedahkan. Selepas heboh pemain drama bersiri popular “Gossip Girl”, Ed Westwick (Chuck Bass) melakukan serangan seksual terhadap seorang pelakon wanita bernama Jesicca Szohr, kini giliran ahli Backstreet Boys, Nick Carter pula mendapat nasib yang sama kerana didakwa merogol.
Penyanyi Melissa Schuman telah pun menyebarkan dakwaan bahawa Nick pernah bertindak merogolnya 15 tahun dahulu.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Melissa dalam sebuah entri blog baru-baru ini menyatakan bahawa peristiwa itu berlaku ketika usianya baru 18 sewaktu dia adalah salah seorang ahli dalam kumpulan “Dream” manakala Nick waktu itu sudah berusia 22 tahun.
Menurut penulisan di dalam entri berkenaan, Nick dan dia sama-sama menjayakan sebuah program televisyen. Dari situ mereka menjadi intim sebagai rakan kerja sebelum pada suatu hari Nick sendiri mengundang Melissa bersama teman-teman lain untuk datang menghabiskan masa di pangsapurinya.
Melissa menjelaskan bahawa pada awal, Nick cuma membawa dia untuk mendengar muzik di bilik tetapi selepas beberapa ketika, cuba menciumnya lalu melakukan onar diluar jangkaan tanpa kerelaan dirinya. Nick juga ada memaksa Melissa untuk melakukan seks oral.
Walau bagaimanapun, Nick yang terlalu kuat waktu itu membuatkan Melissa berasa takut dan terperangkap seterusnya bertindak membawa Melissa ke dalam bilik untuk meneruskan niat merogol.
Tonton Video Muzik “As Long As You Love Me” Dendangan Backstreet Boys
Bagi pihak Nick Carter sendiri, dia amat terkejut sebaik mendengar dakwaan yang dilakukan penyanyi wanita itu kerana setelah lebih dua dekad, ini adalah kali pertama dia mendengar kenyataan seumpamanya.
“Melissa tidak pernah berterus terang tentang hal ini sewaktu kami bertemu atau terserempak di mana-mana sebelum ini. Selama kami kenal, kami tidak pernah melakukan perkara tanpa persetujuan. “Dahulu kami memang pernah merakam lagu bersama dan membuat persembahan bersama tetapi saya amat menghormatinya dan sentiasa menyokong Melissa baik dari segi kerjaya atau peribadi.”
Sehingga kini, dakwaan tersebut masih lagi tergantung dan belum mendapat campur tangan daripada pihak berkuasa. Nick Carter sudah pun berkahwin sejak 2014 dengan seorang wanita jelita bernama Lauren Kitt dan mempunyai seorang cahaya mata daripada hasil perkahwinannya.