Semalam berakhir sudah spekulasi yang mendesak pelbagai media membuat andaian sendiri tentang status hubungan dua pelakon popular negara, Fattah Amin dan Fazura. Selepas pasangan kekasih ini mengakui yang mereka baru sahaja bertunang pada 13 November lalu, terus #Fattzura membayangi ruang media sosial.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dengan perkhabaran berita baik ini dan ada diantara status yang dinaik netizen memuji pasangan sama cantik dan padan ini.
https://twitter.com/blxcknicotine/status/933665088996704257
https://twitter.com/faqirahrais/status/933649388802490369
Perfect! Untung laa fazzy 😭 #fattzura pic.twitter.com/Ma2nNuFpJH
— MissAnggun (@Shazfa_) November 23, 2017
Hottest couple #fattzura #pcoftheyear pic.twitter.com/IlLa4ClZZ2
— Suzy_ 🙆♀️ (@suzy_2912) November 23, 2017
Fazura is so soft spoken dah lah cantik haih Fattah you better don't take her for granted
— 🧜🏻♀️ (@snhlinda) November 23, 2017
Menurut dari sidang media semalam, pasangan sensasi ini membuat kata sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan secara tertutup dan membuat dua majlis persandingan berasinga pada awal tahun hadapan; satu bagi keluarga dan rakan media manakala satu lagi untuk para peminat.
Semoga perjalanan hubungan mereka dipermudahkan sehingga ke hari pernikahan. Pasti ramai peminat yang sudah lama sukakan gandingan #Fattzura sejak drama Hero Seorang Cinderella gembira dan teruja menunggu hari bahagia pasangan selebriti ini.