Cuti sekolah datang lagi! Para ibu bapa pasti ada yang nak persiapkan pelbagai agenda dan aktiviti sepanjang minggu cuti ini. Destinasi yang paling mencuri tumpuan mestilah ke taman tema. Malaysia bertuah kerana memiliki banyak pilihan taman tema untuk melepaskan rasa seronok dan beriadah bersama keluarga. Walaupun taman tema kedengaran suatu yang menyeronokkan tapi tersilap langkah ia boleh menjadi sesuatu yang disaster.
Bercuti disana memerlukan perancangan yang teliti, lebih lagi kalau pergi bersama anggota keluarga yang ramai dan melibatkan si kecil. Jadi para ibu bapa harus ada menyiapkan kelengkapan yang sempurna supaya percutian anda sekeluarga lebih selesa dan tidak mempunyai ‘drama’. Tips kembara yang dikongsi oleh Wanista ini bukan sahaja untuk keluarga, sesuai juga untuk mereka yang baru pertama kali explore ke taman tema.
#1 Tak perlu pakai tebal-tebal. Lebih lagi kalau cuaca panas di Malaysia, elakkan dari pakai dari fabrik tebal seperti baldu atau denim. Pakai sahaja t-shirt dari jenis kapas untuk serapan peluh, seluar jeans yang selesa dan paling utama ialah kasut. Ingat, anda banyak berjalan jadi tak perlulah hendak bergaya sakan memakai kasut tumit tinggi. Cukup dengan kasut sukan, sneakers atau sandal tapak selesa.
#2 Pelindung diri dari sinaran matahari amat penting. Kebanyakan taman tema melibatkan aktiviti outdoor, jadi sediakan topi atau payung untuk pelindung semasa waktu terik matahari. Sebelum anda keluar dari rumah atau bilik hotel, sapukan krim pelindung matahari untuk badan dan muka.
#3 Sediakan botol air kosong untuk anda mengisi semula di restoran didalam taman tema. Kebanyakan peraturan dalam taman tema melarang anda membawa makanan dan minuman luar. Jadi bawa sahaja botol kosong, anda boleh refill ketika waktu lunch, bukan apa harga makanan dalam taman tema biasa dua atau tiga kali ganda mahalnya!
#4 Ganti beg tangan dengan beg galas. Lebih memudahkan pergerakan dan senang untuk mengisi pelbagai kelengkapan lain. Paling penting tidak menganggu untuk berjalan dan keselamatan barang berharga lebih terjamin.
#5 Sila ambil peta taman tema yang disediakan ianya supaya anda boleh pastikan kemudahan yang tesedia dan merancang permainan yang mana dahulu untuk dituju. Anda mungkin tidak mahu terlepas mencuba semua permainan dan aktiviti yang telah tersedia pada hari lawatan.
#6 Tak suka menunggu lama? Apa kata anda pergi ke bahagian akhir taman tema supaya tidak bersesak.
#7 Bila nak bergambar? Ramai pelawat yang penulis nampak membuang masa dengan bergambar. Seeloknya, biar anda explore dahulu rides kemudian baru gambar sepuasnya di lokasi yang menarik. Janganlah gambar bawah pokok pun nak ambil, itu kat mana-mana pun boleh.
#8 Bawa spare bateri kamera dan powerbank untuk telefon pintar anda.
#9 Jika anda seorang yang kuat berpeluh, penulis nasihatkan bawa baju ganti atau sapu tangan.
#10 Sediakan bajet yang secukupnya untuk waktu makan dan membeli cenderahati. Benda yang menarik biasanya pricey.
Selamat bercuti dan diharap tips diatas dapat membantu anda dan keluarga bersiap ke theme park!