Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Selain India, Wakil Negara Asia Ini Juga Pernah Bergelar Miss World

by Izzah Azizah
November 20, 2017
89
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pada Sabtu lalu, 18 November diadakan acara gilang-gemilang pertandingan terbesar di dunia Miss World 2017 yang menobatkan Femina Miss India, Manushi Chhillar yang berusia 20 tahun sebagai Miss World 2017. Ini sudah kali keenam wakil dari India menerima gelaran Miss World bermula dari Reita Faria pada 1966, Aishwarya Rai pada 1994, Daina Hayden pada 1997 dan dua tahun berturut-turut dari Yukta Mookhey, 1999 dan Priyanka Chopra pada 2000. 

Aishwarya Rai, Miss World 1994. Foto – IBTimes India
Priyanka Chopra. Foto – Cosmopolitan India

India banyak melahirkan wanita yang memberi inspirasi kepada gadis muda khususnya untuk negara mereka. Lihatlah kemenangan Manushi Chhillar, bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, perwatakan yang menarik malah beliau juga bakal menjadi seorang doktor. Walaupun tinggal dizaman serba moden, Manushi tetap mengambil kesempatan mempelajari tarian klasik India iaitu Kuchipudi. 

Manushi Chhillar, Miss World 2017. Foto – The Express Tribune
Masih seorang pelajar medik. Foto – daily.bhaskar.com

Hebat bukan? Jika dahulu wanita berkulit putih dari negara Eropah biasanya menjadi pilihan tapi kemenangan Reita Faria pada 1966 telah memecah tradisi, wanita Asia juga mampu membuktikan kemampuan mereka yang luar biasa.

Miss World pertama dari India dan juga Asia, Reita Faria. Foto – Indiatimes.com

Sejak dari itu rekod pemenang dari benua terbesar di dunia ini semakin bertambah. Mari kita lihat siapa lagi Miss World yang berasal dari negara Asia.

# Israel
Miss World 1998: Linor Abargil
Linor Abargil, Miss World 1998 bergambar bersama Miss France Veronique Caloc pemenang tempat pertama dan Miss Malaysia Lina Teoh, pemenang tempat kedua. Foto – ibtimes.com

7 minggu sebelum Linor Abargil dimahkotkan sebagai Miss World, beliau hampir dicabul dan dirogol oleh pengurus perjalanan beliau sendiri. Namun pengurus terbabit dilepaskan akibat kekurangan bukti tapi Linor tidak patah semangat untuk terus berjuang demi keadilannya. Akhirnya kes tersebut diterima oleh pihak penguasa Israel dan pengurusnya dijatuhkan penjara selama 16 tahun. Linor kemudian menyakinkan setiap wanita tidak perlu takut untuk bersuara apabila ditindas dan meminta mereka mengambil contoh dengan apa yang terjadi pada diri beliau. Kes ini telah menjadi filem dokumentasi pada 2013 ‘The Brave Miss World’. 

IKLAN

Foto – Marie Claire
Foto – Google
# Turki
Miss World 2002: Azra Akin
Azra Akin, dimahkotakan sebagai Miss World, disamping Misss Norway cium pipi dan Miss Peru disampingnya. Foto – Vanity Fair

Kejayaan ini membuka peluang Azra yang dahulunya berkecimpung bidang modelling terus mengorak langkah sebagai seorang aktres di Turki. Selain itu, beliau juga masih aktif dalam aktiviti Miss World di Turki iaitu sering menjadi pengadil untuk rancangan realiti tersebut. 

Foto – Cosmopolitan
Foto – YouTube
# China
Miss World 2007: Zhang Zilin
Zhang Zilin, Miss World 2007. Foto – china.org.cn

Setelah kemenangan sebagai Miss World 2007, Zhang Zillin semakin ligat dalam kerjaya modelling. Sebelum menyertai pertandingan ratu cantik, beliau seorang pemegang ijazah di Universiti Sains dan Teknologi Beijing dan merupakan atlet terbaik terbaik di universiti. Zilin kini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. 

Foto – Photo Vietnam Daily
Foto – Google
Miss World 2012: Yu Wenxia
Yu Wenxia, Miss World 2012. Foto – The Juice

Merupakan warganegara China kedua dimahkotakan sebagai Miss World pada 2012. Bukan sahaja memegang tanggungjawab sebagai Miss World dan Miss China, Wenxia juga adalah Miss Talent. Dimana beliau mampu menyanyikan lagu-lagu klasik budaya masyarakat China. Jangan terkejut, beliau sangat serius dengan nyanyian dan menghabiskan 4 tahun di Universiti Harbin dalam khursus Chinese Folk Music. 

Foto – Pinterest
Foto – Missosology
# Filipina
Miss World 2013: Megan Young
Foto – The Star Online

Wanita kacukan Amerika-Filipina ini muncul dalam rancangan realiti televisyen di Filipina dan menjadi pelakon pada usia muda sebelum bertanding dalam ratu cantik. Bukan sahaja memenangi Miss World, beliau juga menerima anugerah sebagai Miss World Asia 2013. Lagi menarik tentang Megan beliau wakil pertama dari negara-negara Asia Tenggara dan Filipina bergelar Miss World. 

Foto – Google
Foto – Rappler

Diharapkan selepas ini ada wakil dari Malaysia pula menggunguli Miss World sekaligus untuk Asia dan Asia Tenggara buat kali kedua! 

Tags: miss world 2017miss world malaysiamiss world malaysia 2017samatha katie jamessenarai miss world indiasenarai miss world negara asiasiapa miss worldtrivia miss world
Share36SendShare

Artikel Berkaitan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Soph.Azz
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Soph.Azz
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Soph.Azz
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Soph.Azz
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.