Di awal filem ikonik “Breakfast at Tiffany”, Holly Golightly lakonan Audrey Hepburn yang mengenakan gaun hitam, rantai mutiara dan cermin mata hitam dilihat berdiri di luar butik Tiffany & Co, Fifth Avenue sambil bersarapan croissant dan kopi.
Kini, anda semua boleh menikmati sarapan, makan tengahari, minum petang, senang kata makan di butik serba romantik itu.
Ya, Tiffany & Co sudah mempunyai sebuah restoran di tingkat empat, Blue Box Café. Pembukaan restoran itu menjadi tular di media sosial dan telah dikongsi di pelbagai saluran. Dan ini bermakna korang boleh bersarapan di sana kalau datang melancong ke New York. Okay boleh feeling Audrey Hepburn!
Mengambil warna rasmi turqouise memenuhi ruang restoran, antara menu sarapan pagi yang ditawarkan ialah croissant, buttermilk waffle, smoked salmon, bagel stack, truffle eggs, avocado toast serta pelbagai lagi dan dilengkapi pilihan kopi dan teh – kesemua harga bermula pada $29.
Jadi, nikmatilah sarapan klasik seperti Holly Golightly dalam restoran serba mewah dan romantik sambil menghadap Fifth Avenue dan Central Park.
Mesti ada yang teruja nak “Breakfast at Tiffany”, bukan?