Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Baik Dan Buruk Pakai Bengkung, Sila Baca Artikel Ini Dulu…

by Izzah Azizah
November 17, 2017
192
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila sebut perut kempis dan pinggang langsing pasti ramai yang teringat akan rutin senam yang ligat. Bila lah nak dapat perut langsing dengan cara paling mudah dan cepat? Mungkin ada diantara anda dah lupa tentang adat bengkung yang telah lama dilakukan sejak turun-menurun, lebih lagi kepada ibu yang baru sahaja selamat bersalin. 

Bengkung ialah kain yang dililit kemas dari bahagian abdomen badan hingga pinggul. Jika dahulu bengkung dililit menggunakan tali kain, tapi bengkung kini lebih moden menggunakan cangkuk. Jadi ia lebih cepat dan mudah untuk dipakai atau ditanggalkan. 

Foto – arkib Wanista.com

Dahulu wanita selepas bersalin sahaja harus memakai bengkung tapi kini wanita yang tak pernah bersalin pun sibuk berebut nak pinggang langsing, perut ramping. Dipercayai kaedah tradisional mampu mengembalikan bentuk badan idaman serta dapat memperbaiki kesihatan dalaman. 

Selain mencantikkan bentuk badan, bengkung juga….
  1. Mengelakkan masalah perut buncit
  2. Membantu menghilangkan sakit belakang
  3. Menguatkan kembali kedudukan asal tulang belakang
  4. Membakar lemak dan selulit
  5. Menggalakkan postur badan yang lebih baik
  6. Mengurangkan rasa lapar

Pemakaian bengkung mempunyai aturan tersendiri, hanya pakai dalam masa 5 jam sehari, jangan sesekali pakai lebih dari 8 jam atau 24 jam! 

Kalau anda ingin memakai bengkung, sila pastikan anda tidak terlalu obses dan biar pakai mengikut tetapan yang diwajibkan. Pilih saiz yang sesuai, jangan ikat bengkung terlalu ketat, jangan pakai 24 jam atau semasa tidur malam dan paling penting tetap amalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat. Bergantung pada bengkung sahaja tidak cukup… 

Bentuk badan Kim K, antara idaman ramai. Foto – arkib Wanista.com

Sebelum penulis mengakhiri artikel ini, pasti ada yang tertanya apa perbezaan bengkung dan korset? 

Bentuk korset. Foto – arkib Wanista.com

Ianya dua benda yang sama berkongsi konsep, bengkung lebih kepada tradisional Melayu yang juga terdapat ritual menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk bertungku dan sebagainya, manakala korset pula hasil idea dari Barat. Pemakaian korset lebih agresif kerana ia mempunyai besi dibahagian tepi abdomen dan meliputi sehingga dada, serta tidak mengikut bentuk badan secara semulajadi. Berbanding dengan bengkung tradisional yang hanya dari kain semata-mata dan mengikut daya bentuk badan si pemakai. 

Menurut dari kevinzahri.com, korset boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:

  • Ketidakselesaan untuk bernafas – penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.
  • Terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru dan jantung.
  • Penyebab kepada chlorosis (greensickness)  iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh adanya gangguan pada hempedu.
  • Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.
Kesan penggunaan korset. Foto – Google

Walaupun bengkung dan korset adik-beradik lain ibu, tapi tidak mustahil dari ‘konsep’ yang sama ini boleh membahayakan kesihatan jika dipakai secara obsesif. Hati-hati…

RUJUKAN

Tags: apa itu bengkungapa itu korsetbahaya korsetbeza bengkung dan korsetkebaikan pakai bengkungkeburukan pakai bengkungkesan buruk pakai bengkungmanfaat pakai bengkungpakai bengkung lama
Share77SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Fanfics
Kecantikan

Bila Tidur Selamatkan Kulit Anda Dengan Krim Malam

by Iza B
May 22, 2022
0

Seronok rasa bila bangun dari tidur bukan sahaja tubuh dan minda jadi segar tapi kulit wajah juga kekal lembut dan...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Fesyen

Dulu Bawa Ke Pasar, Kini Beg Jaring Aksesori OOTD Di Pantai

by Iza B
May 22, 2022
0

Bermula dari tahun 2017, beg jaring atau netted beg telah menjadi pilihan baru sebagai aksesori fesyen. Acap kali digayakan oleh...

Baca Lagi
Foto - New York Times
Fesyen

Selain Rolex, Jenama Jam Tangan Mewah Ini Juga Pilihan Sosialit

by Iza B
May 21, 2022
0

Jam tangan tidak asing lagi dijadikan sebagai aksesori fesyen samada untuk acara formal mahupun kasual. Ada yang memakai jam tangan bukan...

Baca Lagi
Foto - Good+Well
Gaya Hidup

Selena Gomez Buat Collab Keluarkan Perkakas Dapur Masak!

by Iza B
May 21, 2022
0

Selepas kejayaan dengan Rare Beauty, Selena Gomez mengorak langkah dengan kolaborasi baru bersama usahawan Shiza Shahid iaitu koleksi alatan memasak...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.