Bagi pasangan yang sudah berkahwin, mempunyai zuriat sendiri adalah impian yang paling diharapkan untuk menjadi kenyataan. Alangkah seronoknya membesarkan anak sendiri dan melihat mereka membesar sebagai insan yang berguna serta berjaya.
Biarpun cakap-cakap orang ramai yang mengatakan bahawa apabila lahirnya anak itu nanti akan lebih melimpah ruah rezeki yang bakal tuhan kurniakan kepada kedua ibu bapanya, namun konteks ini sering disalah ertikan semua.
Pemahaman Tentang Konsep “Anak Itu Rezeki”
Rezeki yang sering kita bayangkan hanyalah wang ringgit semata-mata tetapi apa yang kita tidak tahu adalah, rezeki juga melibatkan kesihatan tubuh badan, kelapangan dada, pahala kebaikan dan banyak lagi.
Jelas Ustadz Abu Khalid Resa Gunarsa, Allah berfirman tentang ketakwaan:-
“Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya DIA akan menagdakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. Ath Thalaq [65]: 2-3)
Untuk pengetahuan semua, anak-anak itu sememangnya merupakan rezeki yang Allah beri kepada umat manusia. Malah sesungguhnya, rezeki yang palingsejati adalah segala hal yang bermanfaat dan menyenangkan penerimanya. Firman Allah lagi:-
“… Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan, kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.” (QS. Al An’am [6]: 151)
Jika anak-anak itu dididik dan dijaga dengan baik, pastinya tuhan membuka jalan kehidupan yang terbaik buat sesebuah keluarga itu merangkumi ibu bapanya. Namun jika kedua orang tuanya telah lalai memberi pendidikan yanng rapi termasuk ilmu agama yang benar sehingga mereka tidak mengenali siapa Allah, nikmat rezeki yang sepatutnya dikecapi kedua ibu bapa tadi akan ditarik lalu berubah menjadi musibah.
“REZEKI” Hanya Allah Kurniakan Buat Ibu Bapa Yang Mengerti Akan Tanggungjawab Mereka
Oleh itu, ungkapan “Banyak Anak, Banyak Rezeki” itu hanyalah berlaku terhadap mereka yang bijak mendidik anak, berkorban demi memberikan kehidupan yanng baik buat anak-anaknya sehingga anak-anak itu menjadi orang berguna lalu memberi manfaat kepada orang tuanya di hari kelak.
Persoalannya di sini, berapakah bilangan anak paling ideal bagi sesebuah keluarga moden?
Menurut penulis, bagi pasangan suami dan isteri, perancangan itu adalah perlu malah ia haruslah bertepatan dengan kemampuan si ayah dan ibu untuk menampung kos kehidupan anak itu nanti. Bagi anak pertama mungkin tidak perlu merancang tetapi bagi anak yang kedua dan seterusnya… perancangan haruslah dirangka dengan sebaiknya bagi mengelakkan kebajikan anak itu terabai di kemudian hari.
Kalau Tak Mampu, Jangan Ada Ramai Anak
Sebab itu penulis sering berasa simpati terhadap mereka yang kurang berkemampuan. Sudahlah tidak mampu, mendiami kediaman yang ala kadar, makan cuma “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” tetapi masih mahu mempunyai bilangan anak yang ramai.
Hal ini penting untuk difikirkan kerana kebajikan anak-anak adalah penting, jangan dibiarkan mereka hidup sengsara dalam keadaan yang tidak selesa, makan tidak cukup, memakai pakaian yang buruk-buruk, pendidikan pula terabai kerana apa? Kerana kesalahan ibu bapa tidak merancang sejak dari mula sama ada mampu atau tidak untuk menjaga insan yang bernama ANAK.
Jangan Sampai Anak Terpaksa Berhenti Sekolah Kerana Mahu Menolong Keluarga Yang Susah
Jika tidak mampu, cukuplah sekadar seorang atau dua orang. Melihatkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, sudah tentu kita mahu memberikan kehidupan yang senang buat anak-anak. Jangan biar anak-anak kita teraniya dari segi fizikal dan mentalnya.
Dalam kes lain, ada pula sehingga anak-anak itu sendiri terpaksa berhenti sekolah semata-mata mahu bekerja demi membantu kesukaran hidup ibu dan bapannya -yakni membiayai kos persekolahan adik-adik yang lebih kecil? Tidakkah perlakuan itu kejam dan umpama mementingkan diri sendiri wahai ibu dan bapa sekalian?
Mengikut Fahaman Psikologi
Tahun kelahiran anak perlulah mempunyai jarak sekurang-kurangnya tiga tahun setiap seorang agar proses tumbesaran anak sihat dari segi pertumbuhan mental dan emosinya. Dalam tempoh tiga tahun itu juga, seorang bayi akan belajar untuk rapat dengan kedua ibu bapanya jadi berilah ruang untuknya merasa kasih sayang serta perhatian yang sebenar daripada kedua orang tuanya sebelum mendapat adik.
Kaji Tahap Kewangan Keluarga
Kos untuk menjaga seorang anak ternyata lebih rendah berbanding menjaga lima orang anak. Ibu bapa harus tahu kemampuan mereka dan apakah jenis feadah yang bisa mereka berikan serta sediakan buat anak-anak. Ambil kira tentang kesihatan mereka. Adalah lebih baik menjaga kesihatan mereka supaya terhindar daripada penyakit berbanding menampung kos berubatan yang kemudian akan memudaratkan kewangan keluarga betul tak? Jaga dan berilah kehidupan yang menyenangkan kepada anak-anak kerana kita tidak mahu anak-anak itu menyesal untuk dilahirkan ke dunia.
Jika ada rumah yang selesa, boleh beli makan pakai yang cukup buat isteri dan anak-anak yang sedia ada, barulah fikir untuk mendapatkan zuriat yang seterusnya. Jika tidak hentikan sahaja angan-angan untuk mempunyai anak yang ramai.
Kesimpulan
Bilangan anak adalah bergantung kepada kemampuan kedua ibu dan bapanya dan menurut Rasulullah sendiri, baginda memang menyuruh seorang lelaki untuk mengahwini wanita yang subur agar umat Islam semakin ramai. Namun, jika tidak mampu, utamakanlah kawajipan menyediakan kehidupan yang selesa dan cukup dari segala segi terutamanya pendidikan dan kebajikan lain buat anak-anak yang sedang membesar itu, agar kemudian mereka membesar menjadi orang yang bermanfaat dan tahu membalas jasa kedua ibu dan bapanya.
Jangan asyik suruh anak “belajar rajin-rajin” tetapi tak pernah pun sediakan keperluan terbaik untuk mereka belajar dengan selesa dan baik seperti hantar mereka ke kelas tambahan mahupun membelikan alat tulis, buku-buku rujukan serta keperluan lain yang mencukupi. Wallahu’alam bisshawab.