Oh no...
Kisah cinta Lee Min Ho dan Suzy putus di tengah jalan selepas hangat bermadu asmara selama tiga tahun.
Berita itu disahkan oleh agensi Suzy, JYP Entertaiment.
“Kami telah bertanya sendiri dengan Suzy dan memang benar bahawa Suzy dan Lee Min Ho telah berpisah,” jelas wakil JYP Entertainment.
Tidak diketahui punca perpisahan tetapi menurut sumber media, ianya mungkin disebabkan masalah peribadi bahkan kekangan jadual kerja.
Suzy dan Lee Min Ho kini sedang sibuk dengan aktiviti masing-masing, Lee Min Ho masih berkhidmat berkhidmat di kementerian tentera di pejabat kerajaan Gangnam sejak Mei lalu. Manakala, Suzy sedang sibuk dalam projek drama While You Were Sleeping bersama Lee Jong Suk.
Adakah Lee Jong Suk punca perpisahan pasangan segak ini?