Seperti biasa ketika berlangsungnya majlis-majlis anugerah berprestij, akan ramai selebriti sanggup menggugat keberanian dan keyakinan diri untuk tampil eksentrik demi memperlihatkan kelainan kala muncul di karpet merah.
Di MTV EMA 2017 yang berlangsung sekitar pagi tadi waktu Malaysia, Rita Ora boleh dikira sebagai selebriti yang paling menyerlah! Biarpun hanya bergaya serba putih dari hujung rambut hingga hujung kaki, apa yang disarungkannya mungkin tidak pernah melintas di benak fikiran sesiapa pun sebelum ini -persalinan jubah mandi.
Siap membaluti keseluruhan rambutnya dengan tuala senada, beliau tampil elegen dalam busana jubah mandi meleret yang kemudian diserikan dengan aksesori berkilau perak termasuklah cincin, kalung berlapis serta anting-anting chandelier.
Antara selebriti lain yang mencuri perhatian adalah:-
Lana Del Rey
Klasik dalam persalinan dress floral berbelah.
Demi Lavato
Seksi dalam suit longgar ala maskulin sambil rambut dilepaskan mengurai.
Camila Cabello
Dress organza rona merah jambu lembut yang dihiasi sulaman floral ini sekaligus menyerlahkan sifat feminin Camila!
Maya Jama
Memberi nafas baru kepada pakaian tradisi Cheogsam yang telah diubah suai untuk kelihatan lebih stailo!
Charli XCX
Minimalis dalam seluar dan “crop top” hitam tetapi masih kelihatan bergaya sekaligus menyerlahkan bentuk tubuhnya yang atletik.
Zara Larsson
Comel! Zara buat dirinya kelihatan youthful dalam persalinan palazzo yang dipadankan dengan baju beropol… sneakers Converse jangan lupa!