Jotun memperkenalkan trend warna global tahun 2018 yang baru: CITY MOTIONS, SILENT SERENITY dan LUSH GARDEN.
Tema-tema ini direka khas untuk menggambarkan kepelbagaian pilihan gaya hiasan dalaman yang mencerminkan identiti unik penghuni kota di setiap bandaraya yang berjiwa global. Malaysia adalah pasaran pertama di Asia Tenggara yang mengalu-alukan kedatangan Trend Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life.
Ketiga-tiga irama berbeza ini mampu melengkapkan mood setiap tema dan mempamerkan keunikan warna dalam membentuk irama visual sesebuah bilik.
Tema warna baru Jotun adalah cara yang baik untuk mendekati sifat peralihan yang dibawakan oleh rekabentuk dan warna berbeza. Tema-tema ini membolehkan anda membuat dan mempamerkan kecerahan, perasaan dan suasana yang berbeza untuk mencerminkan diri anda dengan lebih tepat.
Trend Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life dengan 32 warna menyediakan setiap pereka dengan palet hiasan dalaman yang sesuai dengan pelbagai kediaman di seluruh dunia.