Kalau lihat di televisyen memang tidak sudah dengan iklan pencuci atau pembersih lantai. Keberkesanan sememangnya biasa terjamin dengan bahan-bahan kimia namun yang menjadi tanda tanya ialah tentang tindak balas ia pada tubuh badan kita. Sesetengah bahan kimia boleh beri reaksi alergik pada kulit dan terdapat satu kajian di Amerika Syarikat dimana wanita yang kerap terdedah dengan bahan pencuci lebih tinggi risiko melahirkan bayi yang cacat.
Menakutkan bukan? Jadi Wanista ingin memberi satu daya alternatif baharu dengan DIY bahan pencuci dan pembersih rumah menggunakan bahan semulajadi dari herba.

Ianya lebih selamat jauh lebih bersih dan malah menyihatkan dari kesegaran alam semulajadi. Okay, jom mula!
Semburan serba guna dari campuran cuka dan herba
Anda boleh guna semburan ini sebagai untuk mengelap kabinet dapur, lantai, meja atau apa sahaja! Paling penting ia tidak mengandungi toksik.
Bahan-bahan
- Herba segar atau yang telah dikeringkan (lemon verbana, rosemary, daun pudina, lemon balm atau lavendar) atau boleh gantikan herba dengan minyak pati (essential oil)
- Cuka putih (telah disuling)

Cara penyediaan
- Potong herba yang dipilih kemudian masukkan kedalam balang yang tersedia
- Isikan cuka kedalam balang tersebut, rendam untuk selama beberapa hari
- Setelah itu, tapis herba dan air secara berasingan
- Isikan air cuka herba kedalam botol semburan dan sedia untuk digunakan
- Air semburan cuka boleh diguna sendiri atau ditambah dengan air biasa
Pencuci lantai dari herba kayu putih
Ianya antiseptik semulajadi yang bekerja sebagai pembersih dan ianya sesuai untuk lantai jenis kayu atau lino. Cuma pastikan mop yang digunakan hanya lembab dan tidak terlalu basah serta lantai sudah dibersihkan dari segala habuk atau kotoran.
Bahan-bahan
- 1 sudu teh minyak kayu putih
- 2 sudu besar ethanol (denatured alcohol)
- 5 liter air panas (separuh baldi)

Cara penyediaan
- Campurkan kesemua bahan dalam baldi
- Gunakan seperti pencuci mop biasa, mop lantai sehingga bersih. Biarkan ia kering seperti biasa, anda tak perlu bilas lantai
Mudah dibuat dan paling utama ia jauh dari bahaya toksik serta selamat untuk kebersihan satu rumah anda! Selamat mencuba ?.