Terkesima bukan setiap kali melihat iklan minyak wangi Miss Dior.
Karakter Miss Dior yang dimainkan oleh Natalie Portman cukup berkesan walaupun hanya video berdurasi 46 saat.
Natalie Portman dalam Miss Dior Eau de Parfum
https://www.youtube.com/watch?v=h4s0llOpKrU
Aktres yang pernah membintangi filem The Black Swan dan Thor ini mempunyai rahsia tersendiri dalam mengamalkan penjagaan wajah. Penulis pasti ramai wanita menganggap jerawat adalah musuh utama mereka, begitu juga dengan Natalie. Biasanya beliau tampak sempurna di karpet merah atau di layar perak tapi tahukah anda bintang berbakat ini juga manusia biasa, Natalie pernah merana acne breakouts yang sangat teruk.
Cara paling terbaik Natalie untuk membasmi masalah jerawat ialah dengan bertukar menjadi seorang vegetarian.
Okay, jangan takut. Penulis bukan suruh anda bertukar terus kepada diet vegetarian seperti Natalie.
Menariknya setelah mengamalkan pemakanan cara vegetarian, Natalie mengaku kondisi kulitnya lebih baik dari sebelum ini. Sebenarnya bukan sahaja diet vegetarian yang membantu, malah beliau juga langsung tidak mengambil sebarang tenusu dan telur. Percaya atau tidak, jerawat tidak lagi timbul setelah beliau membuang telur dan susu dalam diet hariannya.
Betul ke telur penyebab jerawat?
Gaya pemakanan dari negara Barat sendiri tinggi dengan karbohidrat dan daging seperti telur. Pengambilan telur yang banyak atau makanan proses boleh menyebabkan keradangan dan peningkatan insulin dalam badan. Keradangan kulit membuatkan kulit lebih berminyak dan merangsang pembiakan bakteria dalam pori-pori seterusnya penyebab timbul jerawat. Penulis cadangkan untuk anda kurangkan pengambilan telur dalam diet harian, janganlah buang terus kerana tubuh masih memerlukan nutrisi baik dari telur.
Minum susu boleh beri jerawat?
Sama seperti telur, jika terdapat keradangan pada kulit dan kemudian minum susu ia bukanlah perkara yang baik. Jerawat boleh timbul dari risiko keradangan kulit, dimana pori-pori tersumbat dan muka berminyak. Namun tidak semua susu membahayakan kulit kerana terdapat banyak bahan makanan diperbuat dari susu contohnya aiskrim, keju dan yogurt. Pastikan anda tidak terlalu kerap mengambilnya.
Natalie juga menjelaskan semasa diawal umur 30 tahun baru ia bersesuaian dengannya. Jadi cara ini bukan untuk semua orang dan kemungkinan ianya juga atas faktor umur. But hey! Rasanya tiada salahnya untuk anda yang kini sedang bergelut dengan masalah jerawat untuk mengawal pengambilan susu dan telur. Cuba anda awasi apa yang anda ambil setiap hari adakah ia mengandungi susu atau telur. Hati-hati!