Coach Inc, jenama fesyen terkemuka dari New York telah membuka semula butik mereka di The Gardens Mall. Butik tersebut direka dengan pengayaan mewah dan menyediakan sudut kraf untuk servis kulit dan monogramming.
Butik Coach Gardens kali ini menampilkan konsep premium bersama kontras barangan mewah. Gaya butik ini juga diinspirasikan dari kota raya New York. Warna kayu-kayuan dan perabot kurun pertengahan menambah lagi eleman elegan dan aura sofistikated.
Menariknya lagi, bahagian pakaian wanita dan lelaki diasingkan mengikut kategori. Bilik wanita diletakkan bersama pimtu dinding diinspirasikan dari Coach House di New York. Manakala untuk para lelaki dipaparkan skrin AV dengan koleksi terkini Coach dan susunan kasut mengikut musim semasa.
Lokasi Coach Gardens
Alamat: The Gardens Mall, G228, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.
Operasi: 10 pagi – 10 malam