Hebahan istimewa buat para penggemar sepatu sneakers di luar sana! adidas Originals kini memperkenalkan kolaborasi terbarunya bersama rapper terkenal, Pusha T.
Buat kali yang ke-4, Pusha T mencetuskan fenomena bersama adidas Original dengan satu lagi ciptaan mewah khas buat si pemakai yang gemarkan ciri nan indah pada setiap item fesyen kepunyaan mereka.
Rekaan EQT Support Ultra PK yang digelar sebagai edisi Bodega Baby ini diinspirasi daripada perjalanan hidup Pusha sebagai seorang penghuni kaki lima suatu ketika dahulu serta hab yang yang sering menjadi tumpuan orang setempat iaitu pasaraya mini (Bodega).
Tonton Filem Pendek kolaborasi adidas Original Dengan Pusha T Bertajuk Bodega Babies
https://www.youtube.com/watch?v=qCDtXnhfiNI
Dihiasi perincian material kulit ular rona perang, kemasan sensasi itu seraya memaparkan artisan bermutu. Manakala kunci tali kasut logam yang bercetak nama King dan Push pula membangkitkan erti kemewahan sebenar.
Koleksi EQT Pusha T ditawarkan dalam kuantiti yang terhad, boleh mula dibeli di cawangan adidas Originals Neighbourhood Concept Store KLCC dan Crossover MidValley pada harga RM990/sepasang bermula 3 November ini.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [shop.adidas.com.my]