Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Do’s & Don’ts: Penjagaan Rambut & Kulit Kepala Wanita Muslimah

by Afiqah Syamin
October 30, 2017
Sumber: muslimlinkpaper.com

Sumber: muslimlinkpaper.com

1.4k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kegatalan serta kulit kepala yang sentiasa berminyak membuatkan kita jadi rimas dari sehari ke sehari. Itulah masalah rambut utama yang sering dialami wanita bertudung. Yup! Lebih parah lagi apabila rambut gugur. Terus hilang keyakinan diri kan?

Sumber: fustany.com

Walau bagaimanapun, janganlah diabaikan penjagaan rambut meskipun ia dilitup dengan helaian tudung dan selendang saban hari. Jika jarang dicuci, kerak kepala seperti kelemumur dan peluh mula berdaki di kulit kepala membuatkan kepala kita berbau dan kesihatan rambut juga terjejas sekaligus membuatkannya jadi rapuh dan tidka bermaya.

Untuk itu, ayuh Wanista senaraikan tips bagaimana cara yang sempurna bagi seorang wanita berhijab menjaga mahkotanya.

#1 Cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak. Jangan cuci setiap hari kerana rambut basah akan menjadikan risiko keguguran lebih tinggi. Pastikan anda menyampu kulit kepala, mengurut serta menggaru lembut kulit kepala buat beberapa ketika.

Boleh beli sikat dan pengurut kulit kepala ketika mandi ini di Daiso. Sumber: Giphy

#2 Sebelum mencuci rambut, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu agar rambut mudah dicuci dan tidak kusut. Rambut kusut akan menyukarkan proses syampu seterusnya dikhuatiri akan membuatkan rambut gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah.

#3 Guna syampu yang cocok. Sila dapatkan nasihat pakar jika perlu kerana kulit kepala sangat sensitif. Sebaiknya, manfaatkanlah syampu yang khas dirumus untuk wanita bertudung -dipilih mengikut kesesuaian tahap kerosakan rambut.

#4 Elak cuci rambut dengan air panas kerana ia hanya akan menjadikan tekstur rambut kasar, kering serta mengerbang. Mandi sahaja dengan air sejuk.

#5 Jangan sanggul rambut dalam keadaan basah. Pastikan rambut sudah benar-benar kering sebelum memakai tudung. Rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan membiak kelemumur, menjadi kusut dan buat hujung rambut berbuah serta bercabang. Kulit kepala juga akan berminyak!

BACA:  Pakar Kata, Ini Cara Yang Betul Untuk Hijabis Jaga Rambut
Sumber: theBeautyInsiders.com

#6 Sila pakai anak tudung yang berasaskan material kapas serap peluh, jika tidak kepala anda akan berkuap seterusnya menyebabkan rambut berbau kurang enak.

#7 Pakai material tudung yang nipis dan ringan. Praktikan ikatan atau lilitan tudung yang tidak terlalu ketat melekap di kepala. Ini bagi memberi pengaliran udara yang sempurna buat rambut dan kulit kepala.

Sumber: pinterest

#8 Gunakan getah yang diperbuat daripada fabrik baldu mahupun satin. Jangan sesekali mengikat rambut ketat-ketat menggunakan getah sayur mahupun getah yang keras kerana ia akan menarik kuat rambut dari permukaan kulit kepala seterusnya melemahkan akar umbi sehingga menjadi punca masalah keguguran.

#9 Jaga pemakanan kerana khasiat makanan sedikit sebanyak mendorong kesihatan dan kecantikan rambut. Ambillah makanan tambahana seperti vitamin yang mengandungi biotin, silika, Vitamin B, C dan E serta zat besi dan omega 3.

Gambar hiasan. Sumber: eBay

#10 Memakai tudung berwarna lembut mampu membebaskan wap yang terpenrangkap di kawasan kepala sepanjang hari. Ia akan buat kulit kepala terasa nyaman berbanding pemakaian tudung berona hitam dan warna gelap lain.

#11 Tiga hingga enam bulan sekali, kunjungilah salon berdekatan untuk memotong sedikit hujung rambut. Cara ini akan membuatkan rambut kekal sihat tanpa sebarang kerosakan hujung rambut.

#12 Waktu malam, belai rambut dengan minyak perapi mahupun serum. Sebaiknya setiap kali selepas mandi. Ini akan bantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien agar kesihatannya terjamin untuk jangka masa berterusan.

#13 Untuk mengelak rambut kusut selepas bangun tidur, dandan dan tocangkan rambut secara longgar (tocang lipan) supaya ianya rapi dan kesannya, rambut gugur yang disebabkan geselan kepala pada bantal juga bakal berkurangan! 

Selamat beramal! ❤️

RUJUKAN

FILED UNDER cara jaga rambutkecantikan rambutmasalah rambut gugurPantang Larang Orang BertudungPenjagaan Rambut Untuk Wanita BertudungTips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
Share577SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.