Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kembara

8 Villa Best Untuk Percutian Paling Havoc Bawah RM1000

by Afiqah Syamin
October 29, 2017
5.2k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Alangkah indahnya dapat menghabiskan cuti bersama keluarga tercinta di lokasi yang jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan kota! Jika di hotel, fasiliti agak terhad dan privasi juga kurang. Oleh itu, Wanista mahu mencadangkan beberapa lokasi villa yang menawarkan sewa RM2000 ke bawah satu malam khas buat individu yang mahu bercuti secara berkumpulan pada harga rendah.

#1 Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa, Cherating

Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, resort di Cherating ini terdiri daripada 12 buah rumah tradisional Malaysia, dan diberi nama negeri-negeri di Malaysia. Dengan keluasan 2.6 ekar, resort ini terletak berhadapan dengan Laut China Selatan, dan memberikan pemandangan yang amat menarik. Hiasan dalaman setiap rumah menampilkan gabungan rustik dan unsur tradisional Melayu dengan kemudahan moden.

Alamat: Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Cherating

No. Telefon: 09-581 9500

Laman Web: www.holidayvillahotels.com

#2 Felda Residence Hot Spring, Sungkai

Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, menjadi destinasi pilihan ramai disebabkan tawaran jakuzi air panas di setiap villa dengan harga mampu milik. Dengan pemandangan gunung-ganang dan langit yang membiru, residen ini menawarkan villa 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik. Air panas disalurkan daripada kolam geoterma semulajadi. Anda juga boleh melawat kolam air panas yang lebih besar berhampiran residen ini.

Alamat:  FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS 35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

No. Telefon: 05-438 8802

Laman Web: www.feldatravel.com.my

#3 Grand Lexis, Port Dickson

Grand Lexis adalah tempat percutiaan dalam suasana resort. Setiap villa di hotel ini dilengkapi kolam air peribadi yang dihiasi dengan lanskap menarik. Anda juga ditata dengan pemandangan Selat Melaka yang membiru. Dengan keluasan minima sebanyak 76.74 meter persegi, harga terendah tanpa sarapan adalah sekitar RM700 semalam.

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

No. Telefon: 06-653 2000

Laman Web: www.grandlexispd.com

#4 Tropika Getaway at Rainforest Sanctuary, Pahang

Merupakan tempat untuk menikmati pemandangan yang indah dengan udara segar dan cahaya matahari sepanjang tahun. Diadun dengan kehijauan alam semula jadi, kicauan burung-burung liar pada waktu pagi dan pemandangan Genting Highlands yang memukau dari balkoni, vila yang terletak kira-kira 2200 kaki dari aras laut ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Alamat: 65, 2, Taman Puncak Rimba,, Jalan Rimba, Genting Sempah, 28750 Bentong, Pahang

No. Telefon:  03-8076 8889

Laman Web: www.facebook.com/tropikagetaway

#5 Villa Tanjung Wan, Belum Rainforest Resort, Gerik

IKLAN

Terletak di dalam dusun tebal hutan tropika, Villa Tanjung Wan adalah sebuah rumah percutian yang menerapkan elemen keterbukaan dan privasi. Rumah ini direka dengan konsep terbuka bagi merasai suasana tropika di luar rumah, tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan privasi dan keselamatan. Vila ini menggunakan pengudaraan yang hutan semula jadi, tetapi memerlukan hawa dingin apabila ditutup. Konsep santai dan tidak formal mencerminkan tradisi asia yang kontemporari, moden, dan segar.

Alamat: Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, 33200 Gerik, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

No. Telefon: 05-791 6800

Laman Web: www.belumrainforestresort.com

#6 Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Villa Samadhi bukannya villa percutian yang biasa. Terletak di tengah kota, dengan pemandangan pencakar langit yang memukau, anda bakal tidak percaya dengan keindahan villa ini. Bilik-biliknya dilengkapi dengan katil yang empuk, bilik mandi yang luas, plunge pool yang terbuka dan balkoni persendirian. Tidak seperti hotel-hotel 5 bintang yang lain, villa ini unik sebagai sebuah villa yang kecil di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, dan setiap bilik menampilkan karakter tersendiri. Harga bermula daripada RM720 untuk satu malam.

Alamat: Persiaran Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2143 2300

Laman Web: www.villasamadhi.com.my

#7 Sekeping Tenggiri @ Bangsar, Kuala Lumpur

Kumpulan Sekeping Retreats membawakan Sekeping Tenggiri yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Jika dilihatkan pada gambar, agak sukar dipercayai bahawa banglo 7 bilik ini betul-betul terletak di tengah kota. Menawarkan konsep banglo dalam hutan, Sekeping Tenggiri sememangnya mampu menambat hati sesiapa sahaja yang berkunjung.

Alamat: No. 48, Off Kuala Lumpur, Jalan Tenggiri, 59100 Kuala Lumpur

No. Telefon: 017-2075977

Laman Web: www.sekeping.com

#8 Dream World Resort @ Kundasang, Sabah

Merupakan satu tempat percutian di tengah-tengah awan. Dibina di puncak bukit yang menyegarkan dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat mengagumkan, disertakan pemandangan panorama Kundasang yang sering diselaputi awan berkabus, menjadikan ia tempat ini seolah-olah syurga di atas bumi.

Alamat: Jalan Mesilau Golf Club, 89703 Kundasang, Ranau, Sabah

No. Telefon: 011-29889733

Laman Web: www.dreamworldkundasang.com

Selamat bercuti! ❤️

Tags: Homestay MalaysiaIdea Percutian KeluargaLokasi Percutianpercutian bajetPilihan Villa Dalam MalaysiaSewa Banglo Sekitar MalaysiaSewa Villa Bawah RM1000 Satu MalamSewan Villa Bawah RM1000
Share2094SendShare

Artikel Berkaitan

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!
Kembara

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!

by Soph.Azz
December 29, 2021
0

Penulis percaya bila lama sangat tunggu penerbangan yang ditangguhkan atau penerbangan pagi, ramai yang akan menghabiskan masanya di lapangan terbang....

Baca Lagi
Staycation Tema Barbie Di Grand Hyatt KL, Ini Harga Bilik Kalau Nak Buat Tempahan
Kembara

Staycation Tema Barbie Di Grand Hyatt KL, Ini Harga Bilik Kalau Nak Buat Tempahan

by Lisa AG
December 14, 2021
0

Ada bilik bertemakan Barbie di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur?! Berita baik kepada peminat Barbie, Grand Hyatt Kuala Lumpur telah...

Baca Lagi
Tenang & Diam, Kafe Green Lab Sesuai Untuk Orang Yang Suka Termenung
Kembara

Tenang & Diam, Kafe Green Lab Sesuai Untuk Orang Yang Suka Termenung

by Soph.Azz
December 10, 2021
0

Bila pergi ke kafe sendirian dengan tujuan untuk me-time, pasti akan ada yang memandang seolah-olah kamu seorang yang 'menyedihkan' dan...

Baca Lagi
Menarik Betul! Pergi Kundasang Saja, Kamu Boleh Feeling Seperti Tinggal Dalam Rumah Hobbit
Kembara

Menarik Betul! Pergi Kundasang Saja, Kamu Boleh Feeling Seperti Tinggal Dalam Rumah Hobbit

by Soph.Azz
December 1, 2021
0

Team Wanista nak kongsi satu berita gembira! Kamu nak rasai pengalaman berada dalam rumah seperti The Hobbit seperti filem "Lord...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.