Orang lain menghabiskan masa berjam-jam di gimnasium untuk mendapatkan abs, tetapi lelaki ini ambil jalan mudah tetapi merbahaya.
Rodrigo Alves, 33, lelaki yang mengambil jalan pintas dengan melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk menjadi Ken, watak lelaki untuk koleksi anak patung Barbie.
Rodrigo pertama kali menjalani pembedahan pada tahun 2004 dan sehingga kini sudah melakukan berpuluh-puluh siri pembedahan plastik termasuk sedut lemak, pembedahan di bahagian hidung, botox, punggung dan banyak lagi.
Paling terbaru, dia dengan bangganya menayang six pack abs plastik yang dibuatnya sekitar $29,000 (lebih RM100 ribu) di sebuah klinik, Calabasas.
Lihat bertapa bangganya dia menunjukkan six pack abs tanpa sebarang kerja keras di gimnasium. Hebat!
Selain six packs, lelaki yang digelar ‘Human Ken Doll ini juga menjalani pemindahan rambut selama lapan jam dan itu merupakan prosedur yang ke-59. Prosedur yang menelan belanja £19,000 (lebih RM90 ribu) itu dibuat semata-mata untuk mendapatkan penampilan yang lebih ‘feminin’.
Walaupun kemaruk untuk menjadi lelaki maskulin, tetapi Rodrigo tidak fikir untuk melakukan perubahan seks.