Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Suka Tengok Video Lucah? 8 Benda Ni Akan Efek Kamu Dan Pasangan

by Afiqah Syamin
October 26, 2017
9.3k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

FAKTA! Menurut kajian, 1:3 individu yang menonton pornografi adalah wanita. 

Telefon pintar, tablet dan komputer riba… Teknologi masa kini membuka banyak peluang kepada kita untuk meneroka sisi gelap internet menjadikan material pornografi semakin mudah diakses. Baik di Youtube, Instagram mahupun laman-laman pornografi yang lain, segalanya boleh ditonton tanpa sebarang sekatan. 

Sumber: Wired

Faktor inilah yang membimbangkan kita kerana banyak keburukan sebaik diri diracuni amalan keji seumpamanya.

Selain membuatkan seseorang ketagih, tahukah anda bahawa pornografi memberi kesan kepada rohani seseorang sehingga mampu mengucar kacirkan sesebuah hubungan baik di antara pasangan kekasih mahupun suami dan isteri?

Ayuh Wanista jelaskan selajutnya…

#1 Tak Dapat Capai Kepuasan Seksual Sebenar

Menurut portal Focus on the Family, pornografi akan mengurangkan kepuasan seksual seseorang apabila dia berasmara dengan pasangannya. Ini adalah kerana material lucah yang ditonton telah mempengaruhi diri lalu menghalang diri daripada menikmati seks yang normal (realiti) bersama pasangan. Saat inilah penceraian akan berlaku… apabila “seks fantasi” lebih seronok daripada seks yang sebenar.

#2 Sukar Beri Komitmen & Cenderung Untuk Curang

Sumber: high50.com

Menurut Psychology Today, Pornografi akan menggugat komitmen seseorang terhadap perhubungannya lalu cenderung untuk berlaku curang. Apabila “seks fantasi” sudah menguasi diri, sudah tentu seseorang itu akan merasakan bahawa pasangannya tidak lagi berguna. They will have high expectation on sex.

#3 Buat Diri Rasa Keseorangan

Eh! Bukankah pornografi itu dapat membuatkan individu berasa khayal dan seronok? Menurut Dr. Gray Brooks, “Semakin banyak seseorang menonton pornografi, semakin dia akan rasa keseorangan”. Ini kerana, manusia akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil dopamin sewaktu berfantasi menonton pornografi dan hormon itulah yang membuatkan seseorang berasa khayal. 

Sumber: Pinterest

Ramai tidak tahu, dopamin juga akan mencipta suatu perasaan yang buatkan dirinya terasa sunyi dan keseorangan. Jadi apabila seseorang berasa keseorangan… dia akan terus mencari nikmat dengan menonton lebih banyak pornografi. Yup. Seseorang yang sudah ketagih jadi semakin ketagih!

#4 Obses Dengan Seks Yang Sempurna

Umumnya, industri pornografi adalah merangkumi industri perniagaan yang sama seperti industri perfileman lain. Penerbit dan pembikin filem lucah akan mengarah bintang-bintang porno untuk kelihatan sempurna dihadapan kamera supaya cerita-cerita mereka laku dan mendapat pulangan lumayan.

Sumber: nypost.com

Seseorang yang obses dengan pornografi akan memiliki jangkaan yang tinggi terhadap seks. Mereka inginkan pasangan yang sempurna di rajang seperti mana yang ditonton dalam filem-filem pornografi.

#5 Lelaki Yang Ketagih Porno Tidak Hormatkan Wanita

Akan menganggap wanita seperti objek yang hanya digunakan untuk kepuasan nafsu. Hal ini akan mendorong lelaki untuk tidak hormatkan wanita seterusnya menjadikan mereka lebih agresif dan kasar sehingga berlakunya kes-kes rogol atau seks tanpa rela.

#6 Wanita Yang Tonton Porno Juga Akan Merendahkan Kaum Lelaki

sumber: Giphy

Percaya atau tidak, angka wanita yang menjadi hamba pornografi semakin meningkat hari ini. Seorang wanita yang sudah berkahwin tetapi masih terikat dengan material lucah akan terdorong untuk tidak mempedulikan keluarganya kerana terlalu asyik dengan tabiat tersebut. Pornografi akan buat wanita jadi buta dan menganggap mereka juga boleh hidup tanpa lelaki.

#7 Individu Ketagih Porno Akan Jadi Agresif 

Emosi mereka akan jadi tidak stabil kerana otak mereka sudah mengecut! Kajian mendapati otak individu yang kerap menonton pornografi akan mengecut bahkan fungsinya juga terganggu.

Tonton Dokumentari Tentang Kesan Pornografi Terhadap Otak

YouTube video

Apabila otak tidak berfungsi dengan waras, seseorang akan menjadi mudah baran… baik dari segi bahasa atau perbuatannya, lalu terdesak mencederakan seseorang apabila dirinya digugat atau tercabar. Ini mungkin mengakibatkan kecederaan (penderaan) terhadap pasangan serta anak-anak bagi yang sudah berkahwin.

#8 Kerjaya & Pengurusan Hidup Terjejas

Baik Islam mahupun Kristian, rata-rata agama menghalang penganutnya untuk menonton material lucah. Salah satu sebab adalah kerana minda yang sudah diracuni pornografi akan sukar fokus terhadap pekerjaan hariannya. Otak akan cenderung untuk berfantasi dan membayangkan yang bukan-bukan. Prestasi kerja akan merundum lalu hidupnya akan mulai sengsara sedikit demi sedikit.

Sumber: nationaldebtadvisors.co.za

Risiko Mati Pucuk?

Ya! Apabila sudah terbiasa berfantasi -penonton pornografi, lelaki lazimnya sukar dirangsang secara normal. Mereka lebih sensitif (gemar dirangsang) menerusi imej/visual berbanding sentuhan yang merangkumi seks sebenar.

Mereka bersiko untuk mati pucuk. Bila mati pucuk, bagaimana hendak beri kepuasan seksual kepada pasangan dan diri sendiri?

Hati-hati dan sila jauhi pornografi. ❤️

RUJUKAN 1, 2 & 3

FILED UNDER Bercerai Kerana PornografiKeburukan PornografiKesan Terlalu Banyak Tonton PornografiKetagih PornografiKetagih Tonton Video LucahPornografi Rosakan Hubunganvideo lucahVideo Lucah Rosakan Hubungan Suami Isteri
Share3712SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.