Siapa peminat Onigiri?
Pada yang tak tahu, Onigiri adalah makanan Jepun yang berupa nasi dikepal sewaktu masih hangat sehingga berbentuk segi tiga, bulat atau seperti karung beras dan dalamnya diisi dengan pelbagai isi bergantung kepada selera orang yang membuatnya. Nori (rumpai laut) sering digunakan untuk membungkus agar lebih mudah dimakan tanpa ada nasi yang melekat di tangan.
Di Malaysia, Onigiri boleh dijumpai di bahagian makanan Jepun di pusat membeli belah terkemuka dan di restoran yang menyediakan makanan Jepun.
AirAsia telah melancarkan makanan ringan Jepun yang sedap bahkan menaikkan lagi selera anda.
Ya, mulai sekarang anda boleh menempah Onigiri di semua penerbangan AirAsia Malaysia. Menu Onigiri dilengkapi dengan pelbagai pilihan, antaranya salmon teriyaki, tuna mayo, salmon bakar dan disajikan sekali dengan miso sup.
Menu Onigiri boleh dibeli dengan hanya RM10, dan ia boleh didapati di semua penerbangan AirAsia Malaysia dengan kod AK, termasuk penerbangan AirAsia X Malaysia (D7) ke semua destinasi AirAsia.
Untuk info lanjut, boleh ke Facebook AirAsia.
Wah makin bertambah makanan yang sedap-sedap di AirAsia!