Bukan sahaja dianugerahkan rupa paras yang menawan ditambah dengan sepasang lesung pipit dan susuk tubuh yang dicemburui ramai wanita, supermodel yang berasal dari Australia ini juga dikagumi dek kerana mempunyai selera fesyen yang tidak tinggi. Berpegang kepada klasik, chic dan selesa sebagai kunci kala bergaya, penampilan wanita yang baru sahaja berkahwin dengan pengasas Snapchat, Evan Spiegel ini tidak pernah mengecewakan baik gaya kasual mahupun di karpet merah. Jadi tidak hairanlah, bekas model Victoria’s Secret ini diangkat sebagai salah seorang ikon fesyen yang disegani.
Baca: Miranda Kerr Pilih Gaun Pengantin Inspirasi Grace Kelly Di Hari Bahagia. Lihat Gambar!
Ini 6 item fesyen yang menjadi obsesi si cantik manis ini.
1. Kitten heels
“Saya merasakan yang kasut kitten heels adalah lebih seksi berbanding kasut bertumit lebih tinggi. Ia mengingatkan saya tentang Marilyn Monroe.”
2. Jeans high- waisted
“Ianya berpotongan lurus dan mempunyai rekaan pinggang tinggi dan saya sukakan pinggang seluar ini. Ianya selesa dan bergaya.”
3. Kaca mata oversized
“Saya sentiasa membawa sekurang-kurangnya dua pasang kaca mata dalam tas tangan. Saya sukakan kaca mata besar kerana bentuk muka saya agak bulat. Jadi ia akan mengimbangkan bentuk wajah saya.”
4. Skirt midi
“Saya suka skirt paras midi, ia klasik, elegan dan sesuai dipadankan dengan kitten heels.”
5. Kot oversized
“Saya rasakan kot oversized adalah item yang cool. Saya suka memakai stokin bersama ankle boot, kot oversized dan juga skirt atau seluar pendek.”
6. Busana putih
“Warna putih akan buat penampilan nampak segar, namun ia bergantung juga kepada majlis yang dihadiri. Mungkin tidak sesuai untuk keluar bersiar di bandar dengan penampilan serba putih. Tapi saya sukakan seluar jeans putih.”
Yang penting gaya Miranda langsung tak merimaskan, ada yang sesuai dengan kita di Malaysia ni.