Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

by Afiqah Syamin
October 15, 2017
Sumber: buzz.auntyacid.com

Sumber: buzz.auntyacid.com

28.9k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahukah anda sebenarnya daripada tarikh lahir, kita boleh mengetahui dan mengenali sifat seseorang secara lebih terperinci. 

Tapi janganlah anda tersalah erti pula, kerana ia bukanlah medium yang kukuh untuk kita membuat andaian tentang perangai seseorang namun hanyalah boleh dimanfaatkan sebagai inisiatif okay?

Hasil kajian nombor tarikh lahir ini adalah seperti yang diterangkan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Cara Pengiraan Rahsia Nombor Tarikh Lahir

Contoh:

20 November 2012
20 + 11 + 2012 = 2043
2 + 0 + 4 + 3 = 9

(tambah digit sehingga anda dapat digit tunggal)

Jawapannya adalah 9. Jadi Apakah maksud disebalik nombor ini? 

Nombor Tarikh Lahir: 1

Kekuatan: Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki Kepandaian, mempunyai kuasa Jangkaan Dan analisa yang kuat, yang Mampu menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif  peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.

Kelemahan: Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan orang, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik

Perkara yang perlu dipelajari:

  • Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
  • Berfikirlah secara terbuka.
  • Berdiplomasi apabila diperlukan.

Nombor Tarikh Lahir: 2

Kekuatan: Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. seorang yang Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan . Seorang yang peramah dan sangat pentingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.

Kelemahan: Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri.

Perkara yang perlu dipelajari:

  • Percayalah kebolehan diri sendiri.
  • Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
  • Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Nombor Tarikh Lahir: 3

Kekuatan: Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki daam hidup. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang buruk atau baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.

Kelemahan: Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadangkala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang bermulut ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.

Perkara yang perlu dipelajari:

  • Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
  • Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
  • Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu

Nombor Tarikh Lahir: 4

Kekuatan: seorang yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Kelemahan: Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

IKLAN

Apa yang perlu dipelajari:

  • Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
  • Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
  • Berterus teranglah dalam sesuatu perkara

Nombor Tarikh Lahir: 5

Kekuatan: Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa fokus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistik, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan: Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam hal hal kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.

Apa yang perlu dipelajari:

  • Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
  • Melihat sesuatu dengan teliti

Nombor Tarikh Lahir: 6

Kekuatan: Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor 6 mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor 6 akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.

Kelemahan: Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.

Perkara yang harus dipelajari:

  • Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
  • Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
  • Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.

Nombor Tarikh Lahir: 7

Kekuatan: Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejar kemahsyuran dan tuah.

Kelemahan: Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Perkara yang harus dipelajari:

  • Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
  • Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar

Nombor Tarikh Lahir: 8

Kekuatan: Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.

Kelemahan: Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.

Perkara yang harus diperbaiki:

  • Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
  • Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Nombor Tarikh Lahir: 9

Kekuatan: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

Kelemahan: Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Perkara yang harus diperbaiki:

  • Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
  • Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
  • Kurangkan sifat emosional

Apa nombor tarikh kelahiran anda? ❤️

RUJUKAN

Tags: Apa Kaitan Tarikh Lahir Dengan Personaliti DiriKaitan Hari Jadi Dengan Personaliti DiriKajian Personaliti DiriKajian PsikologiMakud Tarikh LahirSifat DiriTarikh Hari Jadi
Share11551SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

February 16, 2021
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

December 23, 2020
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

October 28, 2020
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

October 27, 2020

IKLAN

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.