Kita sering berasa cemburu apabila melihat kecantikan selebriti.
Bagi perempuan yang bertudung umpamanya, kita sering tidak menjaga rapi rambut kerana menganggap ‘mahkota’ itu sebagai sesuatu yang boleh disorok daripada pandangan orang lain. Anda salah jika berfikir begitu kerana biar apa pun alasannya, rambut tetap harus dijaga rapi atau ianya akan rosak dan anda bakal kehilangan rambut buat selama-lamanya.
Seperti selebriti Hollywood yang mula dikenali menerusi drama bersiri “Gossip Girl” ini, Blake Lively mengamalkan mask rambut yang memanfaatkan mayonis sebagai ramuan utama! Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa mayonis rupanya bermanfaat untuk kecantikan rambut kan?
Jom ketahui bagaimana caranya…
1. Basuh bersih rambut, kemudian sementara rambut masih lembab… cedok mayonis dan sapukannya pada keseluruhan helaian rambut secara rata seperti menggunakan conditioner.
2. Pastikan hanya sapu pada separuh bahagian bawah rambut. Elak menyapu pada pangkal rambut berdekatan akar umbi dan kulit kepala. HANYA RAMBUT SAHAJA.
3. Biarkan beberapa ketika sekitar 15 – 30 minit.
4. Bila dan basuh rambut seperti biasa menggunakan syampu yang lembut.
Dengan cara ini, ia akan mengelakkan rambut rosak, kusut, bahkan buatkan rambut nampak bersinar dan bertekstur.
Apa yang penting, rambut anda tidak akan berisiko untuk rosak jika guna cara ini kerana mayonis tidak mengandungi sebarang bahan berracun malah telur sememangnya baik untuk kesihatan rambut!
Busuk memang busuk tapi hasilnya memang berkesan. Bak kata orang, “Beauty is pain”.
Selamat beramal! ❤️