Canon Malaysia baru-baru ini melancarkan program khas untuk juru gambar muda dan baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi didalam program ‘Canon EOS Youth Ambassador Programme’. Program yang pertama kali diadakan sebagai satu komitmen Canon untuk mendukung generasi baru Malaysia tentang fotografi yang boleh dijadikan sebagai gaya hidup, hobi atau sebuah karier.
Dilihat sebagai pemegang utama dalam industri fotografi, Canon memberi pelbagai kemudahan untuk pengguna mereka yang bukan sahaja tentang kamera DSLR. Canon juga mereka rangkaian kamera yang sesuai untuk semua orang dan kamera digital Canon tmenjadi nombor satu dalam pasaran selama 14 tahun berturut-turut dari 2003 hingga 2016.
Program ini menyediakan pelbagai ilmu kemahiran dan tips untuk mereka yang ingin mengembang bidang fotografi kepada yang lebih serius. Canon percaya kesan budaya fotografi penting dan boleh mengubah corak budaya sebuah masyarakat.
Bermula 10 Oktober 2017 hingga 11 November 2017, ‘Canon EOS Youth Ambassador Programme’ akan dibuka pada semua rakyat Malaysia berusia 15 tahun hingga 30 tahun, tidak kira samada yang profesional atau baru sahaja menceburi bidang ini. Mereka yang disenarai pendek akan berpeluang menghadiri bengkel dan dilantik sebagai perintis Canon Malaysia’s EOS Ambassadors. Lebih menarik lagi anda akan menyertai pelbagai kempen dan acaran fotografi Canon.
Kepada anda yang berminat, harus merakan dan muat turun video berdurasi 2 minit hingga 6 minit tentang:
- Pengalaman dan inspirasi anda tentang fotografi
- Apa yang anda mahu capai melalui program ini dan
- Kenapa mereka layak dipilih sebagai perintis Canon Malaysia’s EOS Ambassadors
Hantarkan pautan video dan tiga (3) gambar fotografi terbaik melalui email EOSyouth@cmm.canon.com.my pada 11 November 2017.