Pond’s Institute memperkenalkan Pond’s Age Miracle BAHARU, dengan Retinol-C Kompleks yang bertindak secara berterusan selama 24 jam untuk memperkasakan wanita moden zaman sekarang yang mengamalkan gaya hidup tanpa henti.
https://www.instagram.com/p/BaIxeEaHumJ/
”Pond’s percaya bahawa penuaan ialah sesuatu yang amat peribadi. Pilihan gaya hidup wanita – tekanan, pendedahan kepada matahari, waktu tidur dan pemakanan serta cara hidup mereka akan memberi kesan kepada cara penuaan kulit,” kata Kaka Azraff, penyanyi dan pelakon.
Dihasilkan dengan Retinol-C Kompleks, yang mencerminkan kejayaan teknologi retinoid, Pond’s Age Miracle baharu bertujuan untuk menetapkan piawaian emas baru dalam dunia teknologi antipenuaan. Teknologi baharu yang serba maju ini memberikan dua kali ganda kuasa pembaharuan kulit dan bahan aktif antipenuaan berterusan sepanjang hari untuk membaiki kedutan dengan pantas.
Yolanda Zhou, PhD, Pengurus Kanan Reka Bentuk Produk Pond’s Global menjelaskan, ”Pond’s Age Miracle baharu meresap masuk ke dalam lapisan epidermis paling dalam kulit untuk mengeluarkan bahan aktif antipenuaan secara berterusan selama 24 jam tanpa henti.”
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pond’s Age Miracle baharu, sila layari Facebook POND’S Malaysia.