Makan tengahari paling sedap bila dapat makan nasi kandar. Setuju tak?
Pelbagai hidangan lauk kari, sayur-sayuran dan nasi panas memang tidak dapat ditolak dengan mudah. Bau kari sahaja pun dah buat perut bunyi kencang.
Nasi kandar asal dari negeri utara Malaysia, Pulau Pinang telah menambat hati semua jenis lapisan masyarakat Malaysia. Nak apa? Cakap sahaja..kambing, ayam, daging lembu, sayur bendi, terung.. Ahh! Semuanya ada di mana-mana kedai makan nasi kandar.
Buat anda yang memang dah kosong kepala tak tahu nak makan apa. Wanista cadangkan beberapa restoran nasi kandar yang wajib anda cuba di Kuala Lumpur.
#1 Mohd Yaseem Nasi Kandar
Apa yang best: Wajib cuba kari sotong mereka! Datang awal untuk mengelakkan dari beratur panjang dan jangan lupa merasa pelbagai hidangan kari.
Harga: RM7.00 hingga RM15.00
Lokasi: 351 & 353 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
#2 Restoran Kudu Bin Abdul
Apa yang best: Ramai kata ayam sambal, lauk sotong dan bendi disini ialah juara. Lokasi Restoran Kudu Bin Abdul sangat strategik dan kemudahan tempat letak kereta yang banyak.
Harga: RM7.00 hingga RM15.00
Lokasi: No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
#3 Restoran Ibramsha Nasi Kandar
Apa yang best: Kari ikan bawal dan anda boleh minta kari lebih! Seleksis kari dari restoran ini kurang pedas tapi anda boleh makan bersama sambal untuk lebih kick.
Harga: RM7.00 hingga RM15.00
Lokasi: 68, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
#4 Nasi Kandar Bestari
Apa yang best: Daging kicap, rendang daging dan kari kurma ayam paling sedap lemak berkrim. Selain itu, anda juga boleh bersarapan disini dengan pelbagai menu sarapan.
Harga: RM7.00 hingga RM15.00
Lokasi: Solaris Dutamas, Ground Floor, No.1, Jalan Dutamas 1, 50480, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur
#5 Nasi Kandar Pelita
Apa yang best: Nasi Kandar Pelita menghidangkan kari ikan dan nasi banjir untuk anda. Servis dari staff restoran ini juga buat ramai yang memilih untuk makan disini.
Harga: RM7.00 hingga RM15.00
Lokasi: 149, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
#6 Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan
Apa yang best: Nak rasa kari pekat especially kari kepala ikan, jemput makan disini!
Harga: RM10.00 to RM15.00
Lokasi: Lorong Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur
#7 Original Kayu Nasi Kandar
Apa yang best: Ayam goreng rangup, kepekatan kuah kari dan rasa pedas sambal dari restoran buat ramai datang kembali.
Harga: RM10.00 hingga RM20.00
Lokasi: No.1 & 3, Jalan Dwitasik 1, 56000, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur
#8 Nasi Kandar Line Clear Kg Baru
Apa yang best: Restoran yang berasal dari Pulau Pinang ini membuka cawangan mereka di Kampung Baru. Tak usah cakap apa yang lagi best di Line Clear, juadah lauk nasi kandar mereka memang tiptop. Tak percaya datang sendiri!
Harga: RM10.00 hingga RM30.00
Lokasi: 113, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Terus rasa lapar kan tengok semua nasi kandar diatas. Bagi yang mana belum makan lagi tu..boleh terus ke restoran nasi kandar pilihan anda!