Bermula dengan idea untuk mencapai gaya hidup sihat secara semula jadi, Nature’s Wonders menyeru rakyat Malaysia untuk memulakan rutin snek yang lebih sihat bagi memberikan tenaga kepada tubuh dengan nutrien yang betul. Suatu tanggapan umum namun salah adalah bahawa mengambil kudapan antara waktu makan utama tidak baik untuk kesihatan. Hakikatnya, memakan snek adalah peluang untuk membantu rakyat Malaysia mengekalkan tabiat makan yang sihat dan konsisten sambil membantu mereka menjalani hari mereka dengan snek yang berkhasiat.
Snek sihat, snek pintar – mendapatkan khasiat kekacang pokok
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa kekacang pokok mengandungi lemak monotaktepu yang sihat dan merupakan sumber yang baik bagi antioksida, protein, serat dan magnesium. Rangkaian produk Nature’s Wonders adalah sesuai bagi pengguna yang menginginkan snek sihat, kerana ianya dibakar secara ringan dan tidak ditambah perisa, agar nutrien asal kekal dalam makanan tersebut.
Kekacang pokok dianggap sebagai salah satu snek paling sihat dan apabila ianya dijadikan sebahagian daripada diet sihat yang mengandungi nutrien seimbang, ia boleh membantu mengurangkan faktor risiko seperti penyakit arteri koronari yang masih merupakan risiko kesihatan yang umum dalam kalangan rakyat Malaysia.
https://www.instagram.com/p/BaDZyrLnA9j/
Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi
Rangkaian lazat kekacang pokok dan buah kering Nature’s Wonders termasuklah The Royal Mix, Fruits and Nuts Fusion, Baked Almonds and Baked Cashew Nuts. Nature’s Wonders boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar seperti GIANT, AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Cold Storage dan Ben’s Independent Grocer (BIG).