Perhatian kepada semua peminat tulang rusuk!
Tony Roma kembali semula pertandingan makan daging tulang rusuk. Tahun ini peserta Tony Roma’s Ribs-Eating Competition bakal mencipta rekod didalam Malaysia Book of Records.
10 finalis dari lelaki dan wanita bakal dipilih untuk menyertai pertandingan yang bakal berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada 26 November 2017. Kumpulan wanita akan diberi masa 10 minit untuk menghabiskan lima daging tulang rusuk, manakala kumpulan lelaki harus menghabiskan 10 daging tulang rusuk dalam masa 15 minit.
Finalis yang berjaya menghabiskan kesemua daging tulang rusuk dalam masa terpantas menjadi juara dalam Tony Roma’s Ribs Eating Contest 2017 dan sekaligus diberi penghargaan didalam Malaysia Book of Records sebagai individu terpantas menghabiskan daging tulang rusuk Tony Roma’s untuk kategori lelaki dan wanita. Bukan itu sahaja, pemenang juga membawa pulang pelbagai hadiah menarik dan ganjaran makan percuma di Tony Roma’s sepanjang tahun!
Pada anda yang ingin menyertai pertandingan boleh mendaftar di 12 restoran Tony Roma di semenanjung Malaysia bermula 2 Oktober hingga 19 November 2017 apabila menempah Tony Roma’s Ribs Entree.
Layari www.tonyromas.com.my untuk lebih info mengenai Tony Roma’s.