Dilaporkan, Girls’ Generation atau SNSD mungkin bakal berpecah.
Hal ini kerana, tiga anggota kumpulan tersebut iaitu Sooyoung, Seohyun dan Tiffany membuat keputusan tidak menyambut kontrak dengan pengurusan SM Entertainment.
Biarpun perpecahan itu bukan secara langsung, namun ia boleh terjadi berdasarkan situasi semasa.
Di mana ketiga-tiga ahli tersebut akan meneruskan karier bersama pengurusan yang lain, jadi tentu sukar untuk mengatur jadual apabila berada di bawah pengurusan yang berlainan.
Walaubagaimanapun, SM Entertainment dalam satu kenyataan menafikan Girls’ Generation akan dibubarkan.
“Kami perlu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk tiga anggota yang sudah tamat kontraknya. Namun berpecah tidak ada dalam perancangan apatah lagi mereka adalah aset bernilai kepada kami,” kenyataan itu menyebut.
Sebelum ini, Girls’ Generation pernah kehilangan seorang ahli, Jessica, yang ditamatkan kontrak pada 2014.