Siapa yang tak kenal dengan anak jelitawan Bollywood si Taimur Ali ni? Dia bukan sahaja mendapat perhatian media semata-mata bahkan netizen di seluruh dunia pun turut sama ‘naik geram’ melihat telatah dan wajah comelnya yang tiada tolok bandingan!
https://www.instagram.com/p/BXiDqkNhmhl/?taken-by=kareenabebo
Anak sulung kepada pasangan aktor dan aktres Bollywod, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan ini terkenal sebagai bayi lelaki paling comel dan terkini ada khabar berita mengatakan bahawa dia mempunyai “pelanduk dua serupa”.
https://www.instagram.com/p/BZ4bjd0hk1v/
Warga internet heboh berkongsi foto kolaj yang menggabungkan gambar wajah Taimur Ali dengan seorang lagi bayi perempuan yang katanya memiliki wajah mirip persis Taimur.
Foto Inya, bayi perempuan yang dikatanya mirip Taimur Ali…
https://www.instagram.com/p/BZ4YQMoBitv/?taken-by=inayaandtaimur
Menurut laporan portal India Times, Inaya Shoib ini bukanlah anak perempuan kepada adik Saif Ali yang baru lahir kelmarin sebaliknya dia sudah lahir sejak 5 Disember tahun lalu.
Lagi foto Inaya Shoib…
https://www.instagram.com/p/BZ4axUeBD0u/
Berpipi tembam, bermata biru dan mempunyai alis mata yang lentik mirip Taimur, sehingga kini tiada maklumat lanjut berkenaan bayi perempuan dalam foto berkenaan melihatkan ia hanyalah perkongsian foto menerusi Instagram rambang yang menggunakan nama inayaandtaimur sebagai username.
Sebelum ini, Saif Ali Khan pernah berkongsi dengan media bahawa anak kesayangannya itu mempunyai wajah seperti bapa mertuanya, Randhir Kapoor.