Alcon, peneraju global dalam penjagaan mata dan sebahagian daripada syarikat Novartis telah melancarkan produk terbarunya untuk pasaran di Malaysia. Kanta sentuh pakai buang bulanan, AIR OPTIX® plus HydraGlyde® direka untuk mengurangkan penglihatan yang kabur sepanjang 1 bulan penggunaanya. Gabungan dua teknologi terkini, SmartShield Technology dan HydraGlyde® Moisture Matrix, pengguna tidak perlu lagi bersabar dengan penglihatan yang kabur atau rasa kering di pertengahan bulan.
SmartShield Technology, teknologi eksklusif yang hanya boleh didapati pada kanta sentuh AIR OPTIX® iaitu membentuk lapisan perlindungan ultra-nipis dipermukaan luar kanta sentuh dari kotoran luar. Pengguna akan lebih selesa dan penglihatan lebih jelas konsisten. Tambahan lagi, 7 daripada 10 pengguna kanta sentuh di Malaysia setuju mereka selesa memakai AIR OPTIX® plus HydraGlyde® sepanjang satu bulan penggunaan.
Teknologi kedua ialah HydraGlyde® Moisture Matrix yang memberi kelembapan berpanjangan. Ia penghidratan lebih tahan lama selepas 16 jam, justeru memberikan keselesaan kepada individu yang aktif.
Pelancaran AIR OPTIX® plus HydraGlyde® turut memperkenalkan kempen #NeverSettle yang diwakili Germaine Yeap, bekas pegawau bank berusia 32 tahun yang kini peninju Muay Thai dan pelakon lagak ngeri. Penggunaan kanta sentuh AIR OPTIX® plus HydraGlyde® membolehkan Germaine melihat dengan jelas dan selesa tanpa gangguan supaya beliau boleh beri tumpuan sepenuhnya ketika bertinju.
https://www.instagram.com/p/BZ2puJPnTPH/?taken-by=wanistadotcom
Kanta sentuh pakai-buang bulanan AIR OPTIX® plus HydraGlyde® boleh didapati di seluruh Malaysia. Setiap kotak mengandungi 3 kanta dengan harga RM86.90 setiap kotak dan termasuk GST. Sila dapatkan nasihat lanjut daripada pakar penjagaan mata anda.