Si cantik manis Jiyeon atau nama penuh Park Jiyeon dari girls group T-ara memang tak boleh duduk diam!
Walaupun sibuk dengan urusan lakonan dan nyanyian, dia juga tak lelah untuk mempelajari hobi barunya yang melibatkan tarian. Siapa sangka didalam perwatakan comel, Jiyeon mampu menari tiang atau pole dancing bak penari-penari seksi di kelab malam.
Menurut dari Koreaboo, Jiyeon telah dilawat oleh wartawan dari portal Dispacth untuk mengenali lebih dekat tentang gadis berusia 24 tahun ini.
Tanpa segan-silu Jiyeon mula menunjukkan bakat tarian dia yang telah berlatih berbulan lamanya.
Lihat gambar ketika Jiyeon menari, sangat elegan dan tarian tiang memerlukan kekuatan tangan dan bahagian atas badan (upper body).
Tampak mudah sahaja Jiyeon melakukannya, pasti latihan semasa T-ara telah banyak membantu Jiyeon.
Siapa lagi Kpop idol yang ada hobi seksi macam ini? Kongsikan!