Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Lelaki 64 Tahun Suspek Kes Tembakan Rambang Di Las Vegas

by Afiqah Syamin
October 3, 2017
Sumber: Reuters

Sumber: Reuters

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Suspek penembak yang melakukan jenayah tembakan rambang di fesival muzik Las Vegas malam tadi telah dikenal pasti oleh pihak polis tempatan yang merupakan seorang lelaki kulit putih berusia 64 tahun.

Sekurang-kurangnya 58 nyawa terkorban dan lebih 515 mangsa tercedera dalam pergolakan yang berlaku di Route 91 berhampiran Mandalay Bay Hotel and Casino.

Sumber: Reuters

Menurut sumber, ini adalah insiden tembakan rambang paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat, mencatatkan angka kematian lebih ramai berbanding 49 terbunuh dalam kejadian tembakan di kelab malam Orlando pada Jun tahun lepas.

Sumber: Reuters

Saksi menggambarkan terdapat cahaya terang yang datang dari atas menara banggunan hotel sebelum bunyi tembakan berdentum terus-menerus tanpa henti menyerang lebih 22,000 orang penonton konsert.

Suspek bernama Stephan Paddcock, seorang datuk yang berasal dari daerah Mesquite, Nervada, dipercayai telah melakukan jenayah tersebut.

Pasukan polis jenayah berat SWAT yang mengawal kejadian tersebut berjaya memasuki bilik hotel di mana Paddock dijumpai mati beberapa ketika selepas kejadian tembak itu.

Pihak berkuasa juga percaya bahawa Paddock nekad membunuh dirinya sebaik sebelum mereka menyerbu untuk memberkasnya.

Stephan Paddock melakukan tembakan dari tingkat 32 banggunan hotel Mandalay Bay Hotel. Sumber: businessinsider.my

Sekurang-kurangnya, 10 pistol dan senapang turut ditemukan dalam bilik hotel berkenaan yang sudah didiami suspek sejak Khamis lalu.

Tingkap banggunan hotel yang didiami Stephan Paddock pecah. Sumber: John Locher/Associated Press

Pada mulanya, pihak berkuasa mengesahkan bahawa kejadian ini tiada kena mengena dengan serangan pemberontak seperti ISIS namun kembali menarik kenyataan itu selepas terdapat beberapa bukti (belum dipastikan kesahihannya) apabila ada sumber mengatakan bahawa Paddock sebenarnya telah masuk Islam beberapa bulan lalu dan dia mungkin salah seorang askar berani mati yang terpengaruh untuk melakukan serangan rambang seumpamanya.

Sumber: Reuters

Jelas adik kepada suspek iaitu Eric Peddock, abangnya itu tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang askar malah bukanlah seorang individu yang agresif. “Dia hanya insan biasa yang tinggal di Mesquite lalu memandu hingga ke Las Vegas hanya untuk bermain judi. Dari mana pula dia mendapatkan senjata api?”.

Route 91 Harvest adalah festival muzik “Country” yang berlangsung selama tiga hari di Las Vegas. Sumber: reviewjournal.com

Buat masa ini, kes masih lagi disiasat dan makluman terkini akan menyusul dari masa ke masa.

SUMBER

Tags: amerika syarikatjenayahlas vegasMass ShootingSuspek Tembakan Las VegasTembakan Beramai-Ramai
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.